in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY

Nah! Ini adalah hadiah daripada Budiey teristimewa buat semua pembaca setia yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik ini!

Filem terbaru Sony Pictures yang dinantikan oleh seluruh peminat filem berjudul RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY akan ditayangkan pada 6 Januari 2022. Pastinya ramai yang tak sabar untuk menonton filem aksi ini di pawagam, kan?

Sinopsis Filem RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY

Seperti kita ketahui, beberapa bulan yang lalu Sony Pictures telah mengumumkan judul rasmi dari projek reboot franchise video game popular mereka, RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY.

Resident Evil: Welcome To Raccoon City

Filem RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY ini mengisahkan tentang rahsia dari Spencer Mansion dan Raccoon City.

Setelah menjadi penempatan untuk Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi kota mati di daerah Midwestern Town. Perusahaan tersebut menguras habis sumber daya yang berada di kota itu hingga tidak tersisa apa pun. Kemudian, kini Raccoon City dikenal sebagai kota mati akibat Umbrella Corporation.

Walau bagaimanapun di Raccoon City sendiri ternyata masih ada orang-orang yang bertahan untuk hidup. Orang-orang itu akhirnya bekerjasama untuk mengungkap kejahatan Umbrella Academy terhadap kota mereka. Mereka harus melawan dan merebut kembali apa yang telah diambil oleh Umbrella Academy.

Reboot Resident Evil ini diarahkan oleh Johannes Roberts, sutradara dari 47 Meters

Down dan The Strangers: Prey at Night. Filem ini dikatakan diadaptasi dari video game, menampilkan karakter yang diambil langsung dari game tersebut. Ya film ini menampilkan Kaya Scodelario (The Maze Runner) sebagai sebagai Claire Redfield, Hannah John-Kamen (Ant-Man and the Wasp) sebagai Jill Valentine, Robbie Amell (Upload) sebagai Chris Redfield, Tom Hopper (Black Sails ) sebagai Albert Wesker, Avan Jogia (Zombieland: Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy, dan Neal McDonough (DC’s Legends of Tomorrow) sebagai William Birkin. Sedangkan Chad Rook (The Flash) sebagai Richard Aiken dan Lily Gao (The Handmaid’s Tale) berperanan sebagai Ada Wong.

Resident Evil: Welcome To Raccoon City

Peraduan Tayangan Premiere Filem RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad dan tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

T-Shirt

10 x Resident Evil: WTRC T-SHIRT

Umbrella

10 x Resident Evil: WTRC UMBRELLA

Mask Holder

10 x Resident Evil: WTRC MASK HOLDER

5 pairs (10 tickets) x PREMIERE PASSES

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon yang membawa wataik utama dalam filem RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY?

2. Apakah dialog yang diucapkan oleh salah satu watak di minit 1.42 dalam trailer di atas?

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Tayangan Filem RESIDENT EVIL: WELCOME TO RACCOON CITY – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

20 Januari 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Huawei | 16

Why Smartphone Cameras are the Future of Photography

Uyaina Arshad | 17

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Bernikah