in ,

Peraduan Jom Menonton Filem KL Zombi

Sebuah filem aksi komedi manusia menentang zombi versi Malaysia yang mendebarkan, KL Zombi lakonan Zizan Razak bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia. Jika anda peminat filem zombi saksikan aksi yang penuh dengan suspen ini di pawagam berhampiran anda mulai 29 Ogos 2013 ini.

[dropcap]F[/dropcap]ilem KL Zombi menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani. Dengan skrip yang mencuit hati, filem ‘KL Zombie’ dijangka bakal menggelikan di samping menghiburkan hati anda.

Menurut pengarah Wo Ming Jin yang turut merupakan pencetus bagi karya asal novel Zombijaya:

“Selain merupakan filem pertama di Malaysia yang menampilan zombi sebagai watak pentingnya, filem ini juga istimewa dari segi proses pembikinannya dimana setiap efek khas dan soleknya diberi perhatian terperinci bagi memastikan hasil yang sesuai dengan tema filem ‘KL Zombie’.

“Kami telah mencuba pelbagai jenis solekan hingga kami bertemu dengan yang paling sesuai untuk kedua karakter dan filem ini.”

Dijangka ditayangkan pada tahun 2013, filem ‘KL Zombie’ sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.

Poster Filem KL Zombie

Sempena tayangan filem lakonan hebat ini, Grand Brilliance ingin menawarkan hadiah menarik untuk pembaca Budiey Dot Com semua sertai!

Sinopsis Filem KL Zombi

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2013

Mahu memenangi hadiah? Grand Brilliance ingin menghadiahkan:

  • 20 helai baju  T Filem KL Zombi
  • 20 helai baju T Compass KL Zombi

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & cipta slogan kreatif

Soalan 1:
Namakan pengarah filem KL Zombi?

Soalan 2:
Namakan 3 watak utama KL Zombi?

Slogan: Saya ingin menonton filem KL Zombi kerana… (tidak lebih 15 patah kata)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
10 September 2013

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem KL Zombi

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada Grand Brilliance dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 29 Ogos 2013

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/grandbrilliance

KL Zombi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Gam Utusan Malaysia Alyah Mohon Maaf

Maxis Lantik Morten Lundal Sebagai CEO Baru