in

Peraduan Jom Menonton Filem HISTERIA

Updated: Keputusan peraduan ini telah pun diumumkan. Sila lihat senarai pemenang di sini:

www.budiey.com/senarai-pemenang-peraduan-jom-menonton-filem-histeria

=======================

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

Histeria merupakan filem arus perdana pertama arahan James Lee yang nyata berjaya menghidupkan suasana seram, ngeri dan mendebarkan melalui pembentukan adegan, imej serta teknik pencahayaan. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan suasana seram itu bisa membuatkan penonton bagaikan enggan untuk menatap beberapa adegannya secara terus di skrin.

Menerapkan unsur-unsur filem seram Hollywood ke dalam acuan mistik Melayu, Histeria terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., dimulakan dengan babak seorang pelajar bernama Murni yang ditemui bersendirian di sekolah dengan kesan calar-balar di badannya.

Mahu memenangi barangan filem seram ini? Haa… Budiey dengan ini bermurah hati ingin memberikan 10 beg galas Histeria, 10 buah note pad dan 10 keping pas menonton filem ini kepada korang semua. Sertailah peraduan anjuran Tayangan Unggul ini!

Budiey ingin mencari:

  1. 10 beg galas Histeria bernilai RM250 setiap satu
  2. 10 buah note pad bernilai RM30.00 setiap satu
  3. 10 keping pas menonton filem Histeria bernilai RM10 setiap satu

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah &

Soalan 1:
Siapakah pengarah filem Histeria?

Soalan 2:
Sebutkan 4 orang pelakon filem Histeria

Soalan 3:
Namakan syarikat yang menerbitkan filem Histeria

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
20 Disember 2008

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem HISTERIA – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Penyanyi Dangdut Iwan dan Amelina

Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur