in

Peraduan Jom Menonton Filem Duhai Si Pari-Pari

Salam pembaca Sensasi Selebriti yang dimuliakan,

4149775793 1438Bfdd7A O | 4

SINOPSIS DUHAI SI PARI-PARI

Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang. 

Yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang terselit di celah sampah-sarap, lalu dibawanya pulang.  Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya. Setelah Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah.  

Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya. 

Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya. Syadon pulang ke rumah mendapati Pari masih lagi di situ. 

Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Dia bukan bodoh untuk percaya cerita karut Pari itu. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari. 

Dengan duit dua guni tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya.  Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala.  Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak. 

Syadon kembali mabuk cinta. Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya. 

Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhirnya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat wajah Pari yang sebenarnya?  Sementara itu, Pari pula  semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir.

Mahu memenangi barangan filem HEBAT ini? Sertailah peraduan anjuran Tayangan Unggul ini!

Budiey ingin memberikan pembaca: 25 Set Barangan Merchandise Filem Duhai Si Pari-Pari

Anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah & slogan:

Soalan 1:
Siapakah pengarah filem Duhai Si Pari-Pari?

Soalan 2:
Sebutkan 4 orang pelakon filem Duhai Si Pari-Pari

Soalan 3:
Namakan syarikat yang menerbitkan filem Duhai Si Pari-Pari ?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya mahu menonton filem Duhai Si Pari-Pari kerana…

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 5

Tarikh tutup peraduan:

15 JANUARI 2010

Tajuk Email: Peraduan Jom Menonton Filem Duhai Si Pari-Pari – Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos dan untuk sekitar Kuala Lumpur perlu mengambilnya dari Budiey.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Dr. John Gage Di Program Tamu Awani

Faizal AF4 Akhirnya Mengaku Dah Kahwin 10 Bulan