in , ,

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere Filem INSIDIOUS: THE RED DOOR

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi pass menonton filem ini di malam premiere, gais!

Filem berjudul INSIDIOUS: THE RED DOOR adalah sebuah filem seram supernatural akan ditayangkan pada 6 Julai 2023.  

INSIDIOUS: THE RED DOOR yang diarahkan oleh Patrick Wilson dalam debut arahannya berdasarkan skrip yang ditulis oleh Scott Teems dan jalan cerita pula oleh Leigh Whannell.

Filem ini adalah sekuel dari filem sebelum ini iaitu Insidious (2010) dan Insidious: Chapter 2 (2013), dan menjadi filem kelima dalam francais Insidious.

Dalam filem ini, pelakon hebat seperti Ty Simpkins, Wilson, Andrew Astor, Rose Byrne, dan Lin Shaye mengulangi watak mereka. Selain mereka, Hiam Abbass dan Sinclair Daniel juga ikut bergabung menjayakan filem ini. 

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere Filem INSIDIOUS: THE RED DOOR

Sinopsis Filem INSIDIOUS: THE RED DOOR

Dalam chapter ke-5 ini, cerita masih tertumpu pada keluarga Lambert. Namun, apa yang baru dari filem ini adalah latar waktunya yang sudah berganti. 

Filem ini akan bercerita tentang kehidupan keluarga Lambert 10 tahun selepas insiden yang terjadi di dalam filem INSIDIOUS : THE LAST KEY (2018).

Filem ini bermula dengan kisah Dalton Lambert, anak lelaki dari Josh Lambert dan Renai Lambert yang berhasil menjadi mahasiswa baru di kampus impiannya, Ivy-League University. 

Untuk itu, mereka harus pergi ke wilayah timur untuk menghantar Dalton berkuliah di sana. Namun, mimpi yang selama ini Dalton mahukan seketika berubah menjadi mimpi buruk kejadian kerana arwah yang dahulu pernah mengganggunya kembali datang. 

Mengetahui hal itu, Dalton bersama dengan Josh mencuba untuk mencari tahu apa yang menyebabkan keluarga mereka kembali diusik. Mereka pun terpaksa kembali memasuki The Red Door, gerbang penghubung antara dunia manusia dengan dunia arwah atau yang disebut dengan The Further.

Saksikan kisah selanjutnya di pawagam mulai 5 Julai 2023. 

Peraduan Tayangan Premiere Filem INSIDIOUS: THE RED DOOR

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Info Tayangan Premiere Filem INSIDIOUS: THE RED DOOR

Tarikh: 5 Julai 2023, Rabu

Masa Tayangan: 8:15 malam

Lokasi: TGV 1UTAMA

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem INSIDIOUS: THE RED DOOR

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem INSIDIOUS: THE RED DOOR di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem INSIDIOUS: THE RED DOOR – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

3 Julai 2023

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Mak Cakap Pakai Biasa Je, Makin Lama Orang Membenci, Itu Semua Doa”

HARIZ HAMDAN

Hariz Hamdan Akui Serasi Bekerja Bersama Bekas Ratu Cantik Amy Nur Tinie