in , ,

Peraduan Menang Tiket Menonton Filem JAB HARRY MET SAJAL

[dropcap]S[/dropcap]alam semua pembaca Budiey.com, Bulan Ogos ni makin banyak filem menarik yang akan ditayangkan di pawagam. Premiere With Budiey seperti biasa mahu mengajak anda untuk menonton sebuah lagi filem romantis tapi kali ini Budiey nak korang tonton dan ulas sebuah filem Bollywood berjudul JAB HARRY MET SAJAL yang menampilkan pelakon hebat Shah Rukh Khan. Amacam?

JAB HARRY MET SAJAL

Filem JAB HARRY MET SAJAL bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan India mulai 4 Ogos ini. Anda nak menjadi antara yang terawal menonton?

Bercakap tentang sinopsis, filem arahan Imtiaz Ali ini mengisahkan seorang pemandu pelancong bernama Harinder ‘Harry’ Singh Nehra (lakonan Shah Rukh Khan) bertemu dengan Sejal Zaveri (Anushka Sharma) yang melancong ke seluruh Eropah sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya.

Dalam percutiannya itu, Harinder atau Harry menjadi pemandu pelancong kepada Sejal dan mereka berdua menjelajah ke seluruh Eropah. Selepas percutiannya berakhir, Sejal menghubungi tunangnya untuk memberitahu kepulangannya ke India, tetapi tanpa disedari cincin pertunangan yang tersemat dijarinya sudah hilang.

Tunang Sejal mendesak dia mencari cincin itu lalu meminta bantuan Harry untuk mencarinya. Mereka terpaksa pergi semula ke semua tempat percutian yang pernah mereka lawati dan dalam pencarian it, mereka berdua jatuh cinta.

Untuk info pembaca, filem ini menampilkan pemandangan indah di sekitar negara Eropah di mana filem ini menjalani pengambaran di lokasi pelancongan menarik seperti Budapest, Hungary, Amsterdam (Belanda), Prague (Republik Czech) dan Punjab di India.

Budiey percaya, anda yang meminati filem Bollywood tidak melepaskan peluang untuk menonton di pawagam, bukan kerana lakonan bersahaja dan romantis antara Shah Rukh Khan dan Anushka tetapi mahu melihat sendiri pemandangan yang menakjubkan dipapar di layar besar. Budiey pun teruja nak menonton keindahan di setiap lokasi yang menjadi daya penarik untuk anda menonton.

Budiey kira ramai peminat filem ini mahu menonton kisah menarik kali ini. Dengan itu, Budiey dengan kerjasama Antenna Entertainments mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Filem Premiere JAB HARRY MET SAJAL yang akan diadakan di GSC 1Utama pada 4 Ogos 2017.

Kepada yang nak tonton filem arahan Nikolaj Arcel yang paling dinantikan ini, anda juga boleh menonton filem ini yang akan berada di pawagam mulai 3 Ogos 2017.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang mendebarkan ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem JAB HARRY MET SAJAL

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 35 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

4 Ogos 2017 (Hari Jumaat)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

GSC 1Utama

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JAB HARRY MET SAJAL – Budiey.com di GSC 1Utama.

Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan? Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #JabHarryMetSajalmy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem JAB HARRY MET SAJAL.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem JAB HARRY MET SAJAL kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem JAB HARRY MET SAJAL

Tarikh tutup peraduan:

3 Ogos 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Antenna Entertainments dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menggetarkan jiwa ini mulai 4 Ogos 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/antennaentertainments 

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

 

JAB HARRY MET SAJAL

JAB HARRY MET SAJAL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Tayang Filem FIRST THEY KILLED MY FATHER Arahan Angelina Jolie Mulai Jumaat Ini

Tentang Single Pertama Falla Zully AKU ADA KAMU