in , ,

Peraduan Filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 25 September 2018 (Hari Selasa) di GSC 1 Utama.

poster wiro sableng terbaru

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang yang cukup menghiburkan dengan jenaka lucu sang wira dengan aksi yang memukau. Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak yang sungguh suspen. Pasti buat anda rasa bersemangat nak tengok pertarungan hebat Wiro Sableng yang cukup kelakar dan selamba ini.

WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 berceritakan tentang seorang pendekar bernama Wiro Sableng (dilakonkan oleh Vino G. Bastian) yang memiliki tatu di dadanya berupa angka “212”. Wiro Sableng memiliki kekuatan luar biasa yang diperolehi dari dunia persilatan dan banyak guru yang dijumpainya.

Semasa berlatih, Wiro sempat bertemu dengan dua orang wanita dan mencintai mereka. Wanita itu ialah Bunga dan Bidadari Angin Timur. Haa, bagaimana kisah selanjutnya? Korang kenalah tonton kesudahannya dalam filem ini.

Dalam trailer ini, penonton dapat menyaksikan hampir kesemua pelakon utama yang tampil dalam filem ini. Babak dibuka dengan watak Mahesa Birawa, dilakonkan oleh Yayan Ruhian, yang menggempur dan membakar desa bersama pasukannya. Turut kelihatan, pelakon Happy Salma yang memegang watak Suci Bantar, ibu Wiro Sableng.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 arahan Angga Dwimas Sasongko yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Untuk info pembaca, penyanyi Marcel Siahaan juga ikut berlakon sebagai Ranaweleng, Andy RIF sebagai Dewa Tuak, Cecep Arief Rahman (Bajak Laut Bagaspati), Dian Sidik (Kalingundil), Yayu Unru (Kakek Segala Tahu), Yayan Ruhian (Mahesa Birawa), Fariz Alfarizi (Bujang Gila Tapak Sakti), Ruth Marini si Best Actress Monoloque Indonesia sebagai Sinto Gendeng.

Filem Wiro Sableng juga turut menampilkan Marcella Zalianty (Permaisuri), Rifnu Wikana (Kalasrenggi), Yusuf Mahardika (Pangeran), Aghniny Haque (Raramurni), Lukman Sardi (Werku Alit), Dwi Sasono (Kamandaka) dan Happy Salma (Suci) serta Cupink Topan (Seta Inging), Mardi (Pitala Kuning), Habibie (Ketut Ireng) dan Asta (Bergola Wungu).

Filem aksi ini digarap oleh production house internasional, 20th Century Fox Indonesia, melalui syarikat Fox International Productions bersama LifeLike Pictures yang turut memasarkan dan menerbitkan Wiro Sableng di seluruh Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 akan ditayangkan di pawagam mulai 27 September 2018, oleh Twentieth Century Fox Film.

wiro sableng pendekar kapak maut naga geni

Peraduan Tayangan Premiere Filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 226 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

25 September 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Sebanyak 226 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SiapSablengMY

wiro sableng pendekar kapak maut naga geni

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #SiapSablengMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pelakon yang memegang watak Mahesa Birawa dalam filem ini.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212

Tarikh tutup peraduan:

24 September 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Jangan lupa untuk menonton filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 mulai 27 September 2018 di pawagam.

wiro sableng pendekar kapak maut naga geni

wiro sableng pendekar kapak maut naga geni

wiro sableng pendekar kapak maut naga geni

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

GEGAR Mencari Bakat Nyanyian dari Pantai Timur

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Wak Doyok di Restoran Tony Roma’s