in , ,

Peraduan Filem Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness”

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa korang tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Diarahkan oleh Sam Raimi dari lakon layar oleh Michael Waldron, Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness” akan membawa penonton melihat pengembaraan Doctor Strange ke alam yang tidak diketahui, dengan bantuan sekutu mistik, baik yang lama mahupun yang baharu. Merentasi realiti alternatif yang sukar untuk dijelaskan dan sangat merbahaya, Doctor Strange harus berhadapan musuh baharu yang misteri. 

Barisan pelakon terdiri daripada Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Xochitl Gomez, Michael Stühlbarg, dan Rachel McAdams.

TV Spot terbaru Doctor Strange in the Multiverse of Madness akhirnya mendedahkan kumpulan yang ditemui Stephen Strange dalam trailer terdahulu.

Peraduan Filem Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness”

Benedict Cumberbatch dan Benedict Wong mengulangi peranan mereka sebagai Stephen Strange/Doctor Strange dan Wong. Chiwetel Ejiofor dan Rachel McAdams kembali dalam filem kali ini sebagai Karl Mordo, bekas rakan Doctor Strange yang bertukar menjadi musuh dan Christine Palmer, rakan sekerja yang juga kekasih Strange. 

Elizabeth Olsen mengulangi peranannya sebagai Wanda Maximoff dan pendatang baharu MCU, Xochitl Gomez sebagai America Chavez. Michael Stuhlbarg kembali meneruskan peranannya sebagai Nicodemus West. Dijangkakan lebih banyak pelakon akan muncul sebagai cameo dalam filem kali ini, cuma peminat perlu menantikannya, sama ada dalam trailer terbaru ataupun filem. 

Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Eric Hauserman Carroll, dan Jamie Christopher menjadi penerbit eksekutif disamping penerbit Kevin Feige, manakala Michael Waldron menulis lakon layar untuk filem ini.

Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness” akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 4 Mei 2022.

Sinopsis Filem Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness”

Sekuel dari film Doctor Strange ini adalah lanjutan dari beberapa peristiwa yang terjadi dalam beberapa siri dan filem Marvel sebelumnya, seperti Wanda Vision, Loki, dan Spider Man: No Way Home.

Dalam filem ini, penonton akan diajak untuk lebih mendalami konsep multiverse atau multisemesta yang menjadi tema utama dari Phase 4 MCU.

Filem ini mengisahkan tentang Doctor Strange (Benedict Cumberbatch) yang melanjutkan penelitiannya tentang time stone. Namun, seorang teman lama yang kini berubah menjadi musuh akan hadir untuk mengganggu perancangannya.

Dilihat dari teaser trailer yang dirilis oleh Marvel, Mordo (Chiwetel Ejiofor) akan menjadi salah satu musuh Doctor Strange dalam filem ini.

Selain itu, kehadiran Wanda atau Scarlett Witch (Elizabeth Olsen) dalam teaser trailer dan poster resmi pun membuat banyak penggemar menduga bahwa Wanda akan memainkan watak yang cukup penting.

Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness” ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 4 Mei 2022.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness”

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk pembaca setia Budiey.com.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DoctorStrangeMY

Dr_Strange_INTL_Lanyard

Limited Edition Marvel Studios’ Doctor Strange In The Multiverse of Madness Lanyard x5

Dr_Strange_INTL_Coasters

Limited Edition Marvel Studios’ Doctor Strange In The Multiverse of Madness Coasters x5

Dr_Strange_INTL_Cap

Limited Edition Marvel Studios’ Doctor Strange In The Multiverse of Madness Cap x5

Dr_Strange_INTL_Notebook_2

Limited Edition Marvel Studios’ Doctor Strange In The Multiverse of Madness Notebook x5

Dr_Strange_INTL_Folding_Bag_1

Limited Edition Marvel Studios’ Doctor Strange In The Multiverse of Madness Fold-able Bag x5

Apa yang korang perlu buat ialah:

Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang mungkin berlaku berdasarkan kejadian di minit 1:00 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/Mgms1IrF1R4
  2. Siapakah yang melakonkan watak jahat dalam filem Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness”?

4. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness” kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

budiey_ismas [at] yahoo [dot] com

dengan tajuk email: Peraduan Filem Marvel Studios’ “Doctor Strange In The Multiverse of Madness”

Tarikh tutup peraduan:

29 Mei 2022

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 4 Mei 2022.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SURIA FM

Kejar Pahala Berganda, Kempen ‘Kumpul Pahala’ Suria FM Mencapai Sasaran

Bagusnya! TV9 & ST Rosyam Mart Bantu Masyarakat Termasuk Golongan B40