in ,

Sertai Cabaran Dew & Mana Tahu RM200,000 Bakal Jadi Milik Anda

Dua tiga menjak ni cuaca tak menentu. Sekejap hujan sekejap pulak panas. Tapi bila panas dan rasa dahaga tu, teringatlah pertama kali Budiey menonton iklan Mountain Dew di kaca TV lebih kurang 3 tahun lepas membuatkan Budiey ingin mencuba sendiri akan kenikmatan rasanya yang pasti sangat unik dan tersendiri.

Rasa minuman ini dah berbeza sebab sekarang ni, rasanya dipertingkatkan dan lebih sedap. Kesegaran Mountain Dew ternyata berbeza dan semakin nikmat dirasai.

Rasa lebih bertenaga sebab minuman ini membekalkan tenaga yang luar biasa. Tu yang sekarang ni, kerap pulak Budiey pergi beli minuman Mountain Dew sebab minuman ni sangat cool ni. Sesuailah dengan gaya hidup Budiey yang aktif ke sana sini. Tak caya korang kena cuba.

Dew

Cakap pasal minuman Mountain Dew ni, Budiey teringat tahun lepas, ada event Pertandingan Dew Challenge yang boleh dikatakan berjaya mendapat perhatian sebab ramai sangat yang menyertai pertandingan. Mungkin sebab pertandingan menyediakan wang tunai yang cukup lumayan. Yeszaaaaa, tahun ini, Pertandingan Dew Challenge kembali lagi you alls… dengan hadiah yang sangat lumayan di mana menawarkan hadiah sebanyak RM150,000 untuk pertandingan terbesar Amateur DoTA 2.. Wow, lumayan betul tu. Siapa tak nak weiii. Budiey pun nak join gak.

Siapa Kata Main Game Tak Boleh Dapat Duit?

Dew Mountain

Budiey kira ia, sesuai dengan jenama ini yang memang berkait rapat dengan sukan lasak, hiburan, gaming dan gaya hidup, jenama Mountain Dew ini turut menyokong dan memberi peluang kepada para peminat fanatik atau “e-gamers” untuk melebarkan sayap mereka dan menunjukkan bakat yang terpendam. Jadi, kepada korang yang ada bakat terpendam dan juga ada skill tu apa kata sertai pertandingan ini.

Bukan itu sahaja, Budiey dapat info, tahun ini pertandingan Dew Challenge lebih meriah dengan memperkenalkan cabaran mobile game yang boleh disertai oleh kita semua. Budiey rasa, ini satu berita baik untuk semua gamers di luar sana sebab permainan ini menawarkan wang tunai berjumlah RM50,000. Fuh! Lumayan sangat dek!

Di bawah ini, ada sikit tutorial sebagai panduan. Mudah je caranya, kalau korang ikut panduan yang diberikan dalam aplikasi ni. Memandangkan mainan game dekat phone tengah trending, MDEW telah design game ni untuk mengikut trend yang tengah HOT! Applikasi ini telah dibuat oleh Dew supaya gamers boleh bermain bersama-sama.

Dew Mountain
Dew Mountain
Dew Mountain

Kita imbas balik, Cabaran “DoTA 2” yang telah berlansung di ibu kota dan telah menarik perhatian seramai 1,120 peserta daripada 224 pasukan yang terdiri dari 5 ahli di Malaysia. Peserta akan berentap di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum mara ke peringkat akhir.

“Mobile Gaming Challenge” turut memberi peluang kepada 10 peserta yang berjaya mendapatkan skor tertinggi dan bakal berentap pada 11 Disember 2016 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM50,000.

Untuk info korang, “Dew Challenge 2016” yang telah berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini diberitakan telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan. Kemeriahan ini akan diteruskan lagi di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur (12 & 13 November 2016), Kuantan (19 & 20 November 2016) dan Johor (25 & 26 November 2016).

Kesemua pasukan “e-gamers” yang berjaya memenangi perlawanan di peringkat awal akan berentap pada 9 Disember 2016 yang akan datang sebelum melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada 10-11 Disember 2016 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Juara bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000.00. Wowwww!!!!!

Semestinya dengan hanya seteguk Mountain Dew akan pasti mengembalikan tenaga para ‘online gamers’ di luar sana dan secara tidak langsung berpeluang merebut hadiah lumayan yang ditawarkan.

Seharian memerah keringat bagi merebut hadiah lumayan yang ditawarkan anda semestinya memerlukan kesegaran yang luar biasa. Jadi, nikmatilah Mountain Dew hanya satu-satunya minuman yang menjanjikan kesegaran yang tidak terhingga!

Rebutlah peluang “Dew Challenge 2016” ini dan anda mungkin pemenang yang kami cari dan bakal memenangi hadiah lumayan serta menikmati saat-saat kemeriahan bersama keluarga dan rakan tersayang.

Kepada korang yang nak tahu lebih lanjut tentang pertandingan ini, apa kata layari FB Mountain Dew sekarang! https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia/.

Dew Mountain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Segala Info Tentang DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR 2017

Ada Sebab Nubhan Jadi Trauma Bila Isteri Hamil Tiga Bulan