in , ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem AYAT-AYAT CINTA 2 Lakonan Nur Fazura

Budiey pasti ramai yang mahu menonton filem ini terutamanya di kalangan peminat Fazura, kan?

Selamat tahun baru 2018 buat semua pembaca Budiey.com, Sebagai pembuka tirai 2018, Budiey dengan kerjasama Antenna Entertainments ingin mengajak anda semua menghadiri Malam Gala Filem AYAT-AYAT CINTA 2 pada 8 Januari 2018 di GSC Pavilion Kuala Lumpur.

Jika korang masih ingat, filem AYAT-AYAT CINTA yang ditayangkan pada tahun 2008 lalu menjadi fenomena kerana julung-julung kalinya novel genre islami sebegitu diangkat ke layar lebar. Filem yang diangkat dari novelis terkenal indonesia, Habiburrahman El Shirazy mendapat kutipan box office sebanyak 13 juta USD daripada bajet produksi hanya 1.3 juta USD. Ianya mencetuskan satu sejarah dalam perkembangan filem berbentuk religi serantau.

AYAT-AYAT CINTA menjadi filem kedua Indonesia yang dirakam di Mesir selepas Ketika Cinta Bertasbih. Tetapi kerja pantas dan cekap dari pasukan produksi menjadikan filem ini ditayang setahun lebih awal dari filem Ketika Cinta Bertasbih.

Selepas 9 tahun kita menunggu sambungan kisah Fahri, Aisya dan Maria, kini filem AYAT-AYAT CINTA 2 kembali menemui semua penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 Januari 2018.

Poster Ayat-Ayat Cinta 2

Filem AYAT-AYAT CINTA 2 diterbitkan oleh Manoj Punjabi serta diarahkan oleh Guntur Soeharjanto, yang juga turut menjadi penulis skrip filem ini. Filem ini dilakonkan oleh Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura dan ramai lagi.

Filem drama Indonesia berjudul AYAT-AYAT CINTA 2 ini merupakan filem sekuel yang menceritakan tentang kisah lanjut dari filem pertamanya. Dalam filem kedua ini mengisahkan cerita Fahri Abdullah (Fedi Nuril) yang kini hidup sendiri di Edinburgh setelah kehilangan Aisha tujuh tahun lalu di mana pada masa itu Aisha menjadi sukarelawan di sempadan Gaza. Sejak saat itu juga, Fahri tidak pernah lagi mendapatkan khabar tentang Aisha dan Fahri terus menunggu dalam kesedihan.

Untuk mengubati kesedihannya itu, Fahri menyibukkan diri dengan menjadi seorang usahawan di Edinburgh bersama dengan pembantunya iaitu Hulusi (Pandji Pragiwaksono). Selain itu, Fahri juga terubat dengan kehadiran sahabat lamanya, Misbah (Arie Untung) yang ingin menumpang tinggal bersama dengannya.

Fahri juga seringkali berdepan dengan kerenah dan masalah jirannya iaitu Catarina (Dewi Irawan) yang sedang ada masalah dengan anak tirinya. Selain itu, Fahri berdepan dengan Keira McGills (Chelsea Islan) yang merupakan seorang pemain biola berbakat yang sangat benci dengan Fahri kerana mengganggap Fahri seorang pengganas yang telah menyebabkan kematian ayahnya dalam tragedi pengeboman di London.

Meskipun terdapat begitu banyak persoalan, Fahri tetap mencuba untuk terus menjalankan amanah Aisha agar dia dapat membantu orang-orang di sekelilingnya. Niat baik dari Fahri ini juga seringkali disalah ertikan dan membawanya ke persoalan yang lebih rumit dan membahayakan hidupnya.

Lalu kehidupan Fahri juga menjadi semakin rumit, ketika munculnya saudara Aisha yang bernama Hulya (Tatjana Saphira) yang kini telah tumbuh dewasa menjadi gadis cantik. Hulya yang orangnya sangat ceria dan dinamis tertarik hati kepada Fahri dan bersedia untuk menggantikan Aisha bagi hidup Fahri. Namun Fahri ragu untuk membuka hatinya kerana jika dia menerima Hulya maka sama saja dia menganggap Aisha sudah tiada, kerana setiap hari dan malam, Fahri berharap Aisha akan kembali muncul dalam kehidupannya.

Di saat semua mendukung Fahri untuk melanjutkan hidup bersama Hulyam termasuk Sabina (Dewi Sandra), seorang wanita terlantar berwajah cacat yang ditampung Fahri untuk tinggal bersama mereka. Sabina yang telah dianggap saudara bagi Fahri, ternyata tidak saja membantu mengurusi rumah Fahri, akan tetapi juga mampu membuat Fahri melanjutkan hidupnya. Lalu bagaimana kisah yang akan berlanjut?

Ikuti kisah selanjutnya dalam filem AYAT-AYAT CINTA 2 yang akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 11 Januari 2018.

Pelakon Malaysia, Fazura dan Bront Palarae turun bersama-sama menjayakan filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini bersama pelakon utamanya, Fedi Nuril, Chelsea Islan dan Dewi Sandra.

Bront Palarae dalam filem ini, memegang watak baru sebagai bekas askar Israel. Beliau dilihat aktif membintangi filem-filem dari luar (Indonesia) yang paling terbaru adalah filem Pengabdi Setan.

Guntur Soehardjanto diberi kepercayaan untuk mengarah filem kedua ini. Guntur adalah pengarah yang sama bagi filem 99 Cahaya di Langit Eropa. Kita semua akan tertunggu untuk melihat bagaimana sentuhan Guntur akan memberikan sesuatu yang berbeza dengan cara olahan Hanung Bramantyo pada filem pertamanya.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem AYAT-AYAT CINTA 2

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 30 keping tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

8 Januari 2018 (Isnin)

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC Pavilion Kuala Lumpur

Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 1 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere AYAT-AYAT CINTA 2 – Budiey.com di GSC Pavilion Kuala Lumpur.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AAC2 #AAC2Budiey 

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah dan seterusnya dapat menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/AntennaEntertainments Iinstagram: @antennaentertainmentswww.facebook.com/budieydotcom

2. Sila rakam ucapan tahun baru 2018 buat Nur Fazura sempena tayangan filem AYAT-AYAT CINTA 2, cipta caption dengan slogan yang kreatif, jangan lupa tag @missfazura @budiey & @antennaentertainments hashtag #PremiereWithBudiey #AAC2 #AAC2Budiey, siarkan di Instagram anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Premiere With Budiey menonton filem AYAT-AYAT CINTA 2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Premiere With Budiey Filem AYAT-AYAT CINTA 2

Tarikh tutup peraduan:

7 Januari 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Antenna Entertainments dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menggetarkan jiwa ini mulai 11 Januari 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/antennaentertainments 

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Indah Ruhaila Bakal Nikah Hari Ini dalam Majlis Akad Nikah Tertutup

Hadiah Hari Natal Terbaik 25 Disember Ini