Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa AQUAMAN anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem aksi terutamanya yang mengikuti kisah Aquaman. Yang penting, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 12 Disember 2018 (Hari Rabu) di TGV 1 Utama.

Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 13 Disember 2018.

Poster Filem AQUAMAN

AQUAMAN sebuah filem bergenre aksi, fantasi dan sci-fi yang digarap oleh pengarah terkenal iaitu James Wan.

Filem ke-6 DCEU ini akan menyaksikan persengketaan saudara antara Arthur Curry dan King Orm (Patrick Wilson) yang merancang untuk memulakan perang dengan manusia di atas permukaan bumi untuk membalas dendam atas perbuatan manusia yang melakukan pencemaran laut sejak berkurun yang lalu. 

Untuk mengelak perang di antara manusia dan Atlantis, Arthur Curry perlu bergabung dengan tujuh kerajaan Atlantis yang lain.

Amat membanggakan filem AQUAMAN ini diarahkan oleh James Wan manakala skrip ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick (THE CONJURING 2) dan Will Beall. 

Selain Jason Momoa, filem ini turut dibintangi oleh pelakon Amber Heard, Patrick Wilson, William Dafoe, Yahya Abdul-Mateen II, Temuera Morrison, Dolph Lundgren serta Nicole Kidman. 

Trailer Filem THE LO

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem AQUAMAN yang penuh aksi ini.

Filem AQUAMAN akan ditayangkan di pawagam mulai 13 Disember 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Peraduan Tayangan Premiere Filem AQUAMAN

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 tiket AQUAMAN untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

12 Disember 2018 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.30 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Sebanyak 120 keping tiket AQUAMAN perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere AQUAMAN – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AquamanMY

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #AquamanMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Aquaman stars this acclaimed Hawaiian-born actor in the title role as the half-human, half-Atlantean Arthur Curry aka Aquaman. Before reinventing the seminal DC character for the big screen, this actor was best known for bringing to life the iconic Dothraki warlord Khal Drogo in HBO’s Game of Thrones. Who is he?
  2. Emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem AQUAMAN  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere AQUAMAN – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

11 Disember 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 13 Disember 2018 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

TM & © DC and WBEI

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Salamiah Hassan Kecewa Lagu LAYARLAH KEMBALI Gagal Ke AJL33

Sinopsis Filem AWANG GERUDI