in , ,

Penyerahan Truck PickUp Nissan Navara Kepada Pemenang Lagu Molek

Molek FM, stesen radio di bawah naungan Media Prima Audio telah menganjurkan acara Grand Finale Lagu Molek Navara yang berlangsung di KTCC Mall, Kuala Terengganu pada bulan Februari yang lalu.

Pada acara tersebut pendengar bertuah saudara Mohd Zawawi bin Ismail dari Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu telah berjaya memenangi sebuah Truck PickUp Nissan Navara serba baharu setelah berjaya memilih kunci yang tepat bagi membuka kotak yang mewakili hadiah utama tersebut. 

Hari ini tarikh yang cukup bermakna buat saudara Mohd Zawawi bin Ismail apabila Truck PickUp Nissan Navara serba baharu telah diserahkan secara rasmi kepadanya. Molek FM yang diwakili oleh Nik Nor Azura selaku Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM dan Molek FM telah menyerahkan kenderaan tersebut kepada saudara Mohd Zawawi di perkarangan Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya untuk dibawa pulang ke Kuala Terengganu. Azura berkata,

Penyerahan Truck Pickup Nissan Navara Kepada Pemenang Lagu Molek Navara

Tahniah diucapkan kepada En Zawawi, pemenang utama yang telah memenangi Truck PickUp Nissan Navara ini. Semoga dengan Nissan Navara yang dimiliki En Zawawi akan memudahkan urusan harian mereka sekeluarga. Terima kasih juga kepada peserta-peserta lain yang telah menyertai Lagu Molek Navara sebelum ini. Kami juga merasa teruja kerana baru beberapa bulan kami ke udara sambutan yang diterima daripada pendengar-pendengar Molek sangat sangat menggalakkan. Kami amat hargai dengan sokongan yang diberikan. Mereka boleh terus berinteraksi bersama kami bukan hanya menerusi frekuensi juga menerusi digital platform seperti social media kami juga Youtube Molek TV dan juga aplikasi audio+. Teruskan mendengar Molek FM kerana kami bakal memberikan lebih banyak pengisian serta kempen  yang menarik yang pastinya bakal membuatkan anda  semua teruja.”

Penyerahan Truck Pickup Nissan Navara Kepada Pemenang Lagu Molek Navara

Secara ringkas, kempen Lagu Molek Navara ini telah  berlangsung pada bulan Februari lalu dan telah berjaya mengumpul seramai 80 orang pendengar bertuah yang telah berjaya melayakkan diri ke Grand Finale Lagu Molek Navara.

Penyerahan Truck Pickup Nissan Navara Kepada Pemenang Lagu Molek Navara

Pendengar bertuah ini, barisan penyampai Molek FM dan barisan artis seperti Wany Hasrita, Wani Syaz, Alif Iskandar telah bersama-sama memeriahkan acara Grand Finale Lagu Molek Navara bagi merebut sebuah Truck Pickup Nissan Navara

Penyerahan Truck Pickup Nissan Navara Kepada Pemenang Lagu Molek Navara

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu. 

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV. Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656.

Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

9214B5B2 9D10 412E B430 47Aa928738A5 | 22

Prestige V Semakin Menjadi Pilihan Utama Wanita Untuk Menjaga ‘Aset’ Mereka

Portal Featured 3 | 23

Tentang Filem Seram KKN DI DESA PENARI, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu