in ,

Penyebaran Fitnah di Media Sosial, Misha Omar Adakan Sidang Media

Kebelakangan ini, semakin banyak fitnah bertebaran di media sosial yang melibatkan selebriti. Turut terpalit dengan isu ini adalah pemenang vokal terbaik AJL 33 iaitu Misha Omar. Nantikan sidang media yang akan diadakan pada petang ini.

Memetik dari berita yang disiarkan di Berita Harian pada pagi ini, penyanyi Misha Omar dalam satu undangan media, pagi tadi, memaklumkan bakal membuat sidang media khas mengenai penyebaran fitnah terhadapnya di media sosial.

Tanpa menjelaskan butiran mengenai sidang media itu, BH Online difahamkan, ia berkaitan kenyataan negatif yang disebarkan oleh individu tertentu di media sosial, baru-baru ini.

Difahamkan, komen keterlaluan itu sengaja dicetuskan ekoran kejayaannya pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) pada 3 Februari lalu.

Pada acara itu, Misha dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik, manakala lagu nyanyiannya, Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, manakala lirik Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri memenangi tempat ketiga.

Sidang media itu akan diadakan di sebuah lokasi di Bangsar, di sini, jam 3.30 petang ini dan Misha bakal menjelaskan perincian mengenai perkara itu bersama peguamnya.

Ikuti lintas langsung sidang media itu menerusi Facebook BH pada jam 3.30 petang ini.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farid Kamil, Diana Danielle Bawa Anak-Anak ‘Berhijrah’ Ke Australia

Sekitar Captain Marvel Fan Event di Marina Bay Sands