in ,

Penyanyi Yuna Sah Tarik Diri Dari AJL27

[dropcap]T[/dropcap]inggal 4 hari lagi, Anugerah Juara Lagu ke 27 akan berlangsung. Pada 1 Januari 2013, dikhabarkan ada peminat yang datang ke Sri Pentas untuk mengambil tiket menyaksikan AJL27 di Stadium Putra Bukit Jalil tidak mendapat tiket tersebut kerana tersalah info. Menurut pegawai yang bertugas, tiket AJL27 akan diedarkan pada hari ini, 2 Januari di balai sekuriti mulai jam 10 pagi.

ajl27

Dengar-dengarnya, pihak TV3 akan memberikan sebanyak 1500 keping tiket kepada yang hadir beratur di Sri Pentas hari ini. Siapa cepat dia dapat.

Ramai juga yang mengadu kepada Budiey tentang hal ini dan agak sentap sebab merasakan diri mereka ditipu. Budiey rasa, mungkin ada kesilapan dari segi teknikal atau tersilap info ni. Harap korang bertenang ya. Tiket masih ada banyak lagi. Ura-ura khabar angin mengatakan tiket dah habis sebelum diagihkan kepada peminat itu tak betul sama sekali.

[pullquote align=”right”]Bukan apa, mereka rasa berang sebab membazir masa terpaksa beratur panjang, alih-alih, tiket masih belum ada. Tidak mengapa, harap korang bersabar ya.[/pullquote]

Budiey juga akan turut memberikan 20 keping tiket AJL27 kepada pembaca menerusi peraduan dan senarai pemenang akan diumumkan esok, 3 Jan. Kepada yang hantar penyertaan, wish you all good luck ya.

Gaya Yuna Zarai di karpet merah AJL26 tahun lepas. Anggun bergaya dengan tema ungu.

Yuna

Yuna Terpaksa Tarik Diri Dari AJL27

Dalam perkembangan lain, petang semalam, pengurus kepada penyanyi dan juga komposer Yuna Zarai telah mengesahkan Yuna tidak akan beraksi di AJL27 kerana komitmen rakaman di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Keputusan muktamad Yuna terpaksa tarik diri daripada membuat persembahan untuk lagu Terukir Di Bintang pada kemuncak Anugerah Juara lagu 27 namun beliau membenarkan lagunya dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian.

“Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak TV3. Apa-apa pun, hari ini, 3 Januari, penyanyi gantian akan dibuat dan dipilih berdasarkan kepada kesesuaian vokal penyanyi.”

Yuna tidak boleh pulang ke Malaysia sebab sangat sibuk dengan jadual rakaman album terbaru bersama seorang daripada anggota Incubus yang juga penerbit album itu. Fuh! mantep!

[pullquote]Yuna sekarang ini di bawah syarikat rakaman popular di Amerika Syarikat, bukan lagi di bawah Fader Label.[/pullquote]

Yuna bukan sengaja untuk mahu menghampakan jutaan peminatnya tapi Yuna sekarang ini masih dalam proses rakaman album terbaru. Kalau nak tahu, sekarang ini Yuna tak lagi bernaung di bawah Fader Label dan menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman utama di Los Angeles, jadi dia terikat dengan komitmen yang bertembung dengan AJL27. Nama syarikat rakaman terbaru Yuna terpaksa dirahsiakan. Yang pasti, label ini antara label yang cukup terkenal dan Yuna sangat berharap ia boleh membawa karier muzik Yuna pergi lebih jauh. Wow, syabas buat Yuna.

Menerusi pengurusnya yang mesra dipanggil Wawa itu, Yuna juga menafikan keputusan tarik diri ini disebabkan dia sangat kecewa dengan layanan industri tempatan yang dikatakan memandang sepi terhadap kemampuannya walaupun berjaya di peringkat antarabangsa.

Agar sukar untuk pulang ke Malaysia sebab segala kos Yuna di Amerika Syarikat dibiayai oleh syarikat rakaman dan Yuna perlu memberikan komitmen terhadap segala perancangan yang diatur.

Walaupun lagu Terukir Di Bintang dinyanyikan oleh penyanyi lain, Budiey ucapkan semoga lagu Yuna ini berjaya untuk merebut takhta lagu terbaik AJL27. Siapakah pemenang Anugerah Juara Lagu 27 AJL27 nanti? Itu kena tunggu 6 Januari nanti ya.

Siapakah finalis yang anda ramal bergelar juara? Persembahan terbaik? Lagu Terbaik?

Yuna

Yuna

Yuna

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Temubual Eksklusif Bersama Black & RJ Anugerah Juara Lagu 27

Senarai Kutipan Filem Malaysia Paling Tinggi Tahun 2012