in

Penyanyi Youtube Elizabeth Tan Kini Jadi Artis Paranormal Talents

Semasa buat liputan di karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-28 di Stadium Putra, Budiey ada berkenalan dengan seorang penyanyi muda berbakat besar, seorang singer songwriter juga, bernama Elizabeth Tan. Beliau yang tampil dengan busana moden merah menyala ini sempat ditemubual dan beliau nampak sangat sweet.

Tiba-tiba nama Elizabeth Tan disebut-sebut setelah dia menyanyi cover lagu Havoc dari Joe Flizzow dengan gaya lenggoknya yang unik lagi tersendiri dan mendapat sambutan daripada pendengar di saluran Youtube miliknya. Selain lagu Havoc, Elizabeth Tan juga turut membawa beberapa buah lagu Melayu yang lain seperti Penghibur Jalanan (Amir Jahari), Pencuri (Mark Adam) dan banyak lagi. Ramai juga yang dah tonton video Eli di Youtube. Video lagu Havoc telah pun ditonton lebih 530,000 tontonan. Syabas Eli!

elizabeth-tan

Sejam sebelum menemubual Elizabeth Tan, Budiey diperkenalkan oleh pengurusnya, MelakaBoy yang mana menurutnya, Elizabeth Tan kini menjadi artis di bawah naungan Paranormal Talents manakala publisiti, A&R media pula diuruskan oleh Joe Lee. Baru je 2 minggu sign kontrak. Baru je lagi.

Menurut Elizabeth Tan, cover lagu Havoc telah menaikkan nama beliau dan kebanyakan label muzik mahu mengambil beliau menjadi artis. Melihat kepada bakat yang dimiliki, pakej rupa dan imej, Budiey rasakan nama Elizabeth Tan antara nama baru yang bakal menyinar di tahun 2014 ini. Sama-sama kita nantikan single terbaru beliau berjudul MAAFKAN AKU yang akan dilancarkan tak lama lagi.

Elizabeth Tan

Elizabeth Tan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AJL28 Trending Worldwide Raih Lebih 6 Juta Penonton

Umie Aida Sanggup Bunuh Erra Fazira Dalam Drama Ammara Batrisya?