in , ,

Penyanyi & Krew Yang Terlibat dengan SFMM35 Jalani Ujian Swab

Penundaan hari ketiga peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) yang sepatutnya berlangsung malam tadi bertukar menjadi hari paling ‘menakutkan’ apabila penyanyi dan pengacara yang terbabit tampil melakukan ujian saringan Covid-19.

Ia susulan penyanyi, Alif Satar yang juga peserta SFMM 35 pada hari pertama, kelmarin disahkan positif Covid-19 hari ini.

Antara selebrti yang berkongsi melakukan ujian saringan Covid-19 di Instagram mereka malam tadi adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta penyanyi Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.

Penyanyi &Amp; Krew Yang Terlibat Dengan Sfmm35 Jalani Ujian Swab

Rata-rata meminta semua peminat mendoakan yang terbaik buat mereka serta berharap Alif segera sembuh.

“Terima kasih atas doa kalian buat kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan juga untuk sahabat baik kami Alif agar cepat sembuh. Seoga kita selamat hendaknya,” kata Shery.

“Semoga semua dipermudahkan. Doa yang baik-baik dan jaga diri,” kata Hael.

“Alhamdulillah saya, Syamel, Aqilah dan semua team kami sudah selesai melakukan ujian saringan. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segalanya buat kami. Kami akan menjalani kuarantin selama 14 hari,” kata Ernie.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inteam 2020 | 23

Inteam Anjur Konsert TERIMA KASIH Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20

Gadget Telco Celcom Telefon Hiasan | 24

Rangkaian 5G Di Malaysia Dijangka Akan Diperkenalkan Seawal Penghujung Tahun 2022