in

Penyanyi Cilik Youtube Hazury Lancar Single Warisanmu

Sekarang muncul pula si cilik Hazury anak kelahiran pantai timur Malaysia (Terengganu) yang membuat rakaman lagu `Penghibur Jalanan’ yang dimuat-naik ke laman `You Tube’ dan telah berjaya mendapat viewers sebanyak 49,369.

Perkembangan arus teknologi terkini telah melahirkan ramai bakat baru menerusi laman sosial terutamanya menerusi YouTube. Kita boleh lihat dengan kelahiran bintang-bintang YouTube yang semakin menjadi-jadi dan terkenal antaranya seperti Yuna, Najwa Latif, Ainan Tasneem, Tasya Manshahar dan ramai lagi. Bakat mereka telah diperakui dan berjaya melahirkan single malah ada yang sudah berjaya diperingkat antarabangsa.

Sekarang muncul pula si cilik Hazury anak kelahiran pantai timur Malaysia (Terengganu) yang membuat rakaman lagu `Penghibur Jalanan’ yang dimuat-naik ke laman `You Tube’ dan telah berjaya mendapat viewers sebanyak 49,369. Bakat Hazury telah menarik perhatian KRU Music untuk memperkembangkan lagi bakat beliau.

Anak kecil yang baru berusia 9 tahun ini mempunyai kekuatan vokal tersendiri, mampu bermain gitar dengan baik serta berkebolehan mencipta lagu dan liriknya sendiri. Kebolehan sebagai komposer termuda (singer songwriter) dapat didengar menerusi lagu `Penghibur Jalanan’.

hazury

Hazury dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai bakat seni yang diwarisi daripada bapanya Harrith yang merupakan pencinta seni. Hazury anak ke-3 daripada 4 adik-beradik paling menonjol diantara adik-beradiknya. Berkulit sawa matang dan kelincahan Hazury ini agak berbeza dan kegemarannya menjurus ke genre pop rock.

Idola Hazury adalah Ramli Sarip dan Wings. Pendedahan Hazury ke dunia seni bermula apabila Harrith menghadiahkan sebuah gitar sempena harijadinya yang ke-6.

Hazury hanya mengambil masa 3 bulan untuk memahirkan diri dalam bermain gitar sambil menyanyi di bawah tunjuk ajar bapanya. Lagu pertama yang dimainkan Hazury adalah Selamat Hari Raya’ yang dipopularkan oleh penyanyi 1960 an Fazidah Joned danGadis Bertudung Putih’ yang oleh kumpulan MAY.

Di awal penglibatan Hazury di laman sosial `YouTube’ dia sering dikaitkan dengan penyanyi Tegar dari Indonesia kerana mereka berdua adalah insan muda yang berbakat besar. Akan tetapi jika diamati Hazury dan Tegar mempunyai bakat yang berbeza di mana stail nyanyian Hazury lebih kepada pop rock. Persembahan pertama Hazury adalah pada bulan Januari 2012 ketika berusia 7 tahun. Hazury telah menggegarkan seluruh penduduk Terengganu dengan persembahan yang pertama beliau di Belia Rakan Muda, Kemaman. Dengan semangat kental si cilik ini, Hazury telah dijemput untuk membuat persembahan dengan kebudayaan Pahang, My Gempak di Terengganu, dan Hotel MS Garden Kuantan.

Hazury yang kini berada dibawah label KRU Music telah diberi peluang untuk mengetengahkan bakatnya di Forumuzik dihadapan delegasi tempatan dan antarabangsa pada 9 Disember 2013 di Istana Hotel, Kuala Lumpur. Antara lagu yang disampaikan oleh Hazury `Jeritan Batinku’ dan `Penghibur Jalanan’ telah berjaya menarik perhatian para hadirin.

Hazury mampu menyanyikan pelbagai jenis lagu dan mengikut permintaan penganjur. ”Saya sering menyanyikan sebanyak 6 buah dan kekadang menyanyikan lagu Melayu, Inggeris dan Arab, tetapi yang saya paling minat lagu berentak rock”, menurut Hazury.

Dibawah bimbingan penerbit dan komposer prolifik, Edry Abdul Halim; Hazury telah merakamkan single pertama yang berjudul `Warisanmu’ ciptaan Yusry Abdul Halim yang dibuat khas untuk Hazury.

Menerusi `Warisanmu’ kita diperdengarkan keindahan lagu mengenai kasih sayang antara anak dan bapa; dan ikatan kekeluargaan. Sebutan yang tersendiri dengan terselit loghat Terengganu mampu menarik perhatian ramai dengan keikhlasan penyampaian kanak-kanak berbakat ini.

Pada 5hb Februari 2014, lagu `Warisanmu’ akan dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian ’You Tube’ KRU Music. Lagu ini juga sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan mula dipasarkan minggu hadapan. Segala perancangan promosi lagu ini dilakukan dengan oleh teliti agar tidak menganggu sebarang jadual persekolahan Hazury.

Kini, Hazury sudah pun merakamkan 3 buah lagu bersama KRU Music termasuk ‘Penghibur Jalanan’ yang bakal dikeluarkan selepas ‘Warisanmu mendapat sambutan yang diharapkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri HADIAH

Nickelodeon Announces For 2014 Global Animated Shorts Program