in ,

Gambar Penyanyi Ana Raffali Timang Baby Lelaki

Penyanyi Ana Raffali yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, selamat melahirkan bayi lelaki yang pertama pada hari Khamis lalu. Tahniah Budiey ucapkan.

Berita mengenai Ana Raffali yang menimang cahaya mata sulungnya itu dimaklumkannya menerusi laman Instagram. Menurut Ana, bayinya dilahirkan secara normal di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.25 petang.

Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 29 mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 33, pada 25 Februari 2012.

Tahniah Ana, semoga baby awak sihat dan membesar menjadi insan yang berguna. Amin.

Ana Raffali Timang Baby Lelaki

Ana Raffali Timang Baby Lelaki

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sarimah Ibrahim Sah Cerai Talak Tiga

Sekitar Pelancaran JOM SINGGAH Anjuran TV3