in

Penyanyi Afgan Sambut Tahun Baru 2013 di New York

Penyanyi Afgan memberitahu akan menyambut kedatangan tahun 2013 di New York, Amerika Syarikat bersama ahli keluarga selama seminggu.

Afgan memberitahu mereka membuat keputusan untuk meraikan tahun baru di negara itu kerana mereka sekeluarga belum pernah ke sana selain ingin merasai kemeriahan sambutan di New York.

“Sudah lama kami merancang untuk ke New York dan saya paling teruja untuk ke sana kerana sebelum ini ahli keluarga lain pernah ke sana,” katanya ketika ditemui di Studio 6 RCTI.

Penyanyi kacak itu turut memberitahu pemergiannya ke sana adalah sebagai hadiah selepas bekerja keras sepanjang 2012 untuk membina kerjayanya.

“Sepanjang tahun saya bekerja keras dan sudah tiba masanya untuk saya berhibur sebagai hadiah untuk diri sendiri,” jelasnya.

Afgan

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Apex & Leuniey Natasha

Jelajah AJL27 Bikin Orang Melaka Pengsan