in ,

Penyampai Suria FM Tubuhkan Tabung Pendengar Suria Untuk Bantu Pendengar

Mengukur kepada keberkesanan kempen Suria Bersama Anda sebelum ini yang bertujuan membantu rakyat yang terkesan kerana COVID-19, Suria akan melancarkan slot Tabung Pendengar Suria menerusi segmen Team Pagi Suria bermula pada 16 Ogos ini.

Pendengar yang ingin memohon boleh mendaftarkan butiran peribadi mereka seperti nama, nombor kad pengenalan, no telefon, alamat email berserta kenapa mereka perlukan bantuan Tabung Pendengar Suria dan #TabungPendengarSuria di WhatsApp Suria 017-8961053.

Penyampai Team Pagi Suria akan memilih seorang pendengar setiap hari untuk menerima bantuan wang tunai berjumlah RM100 yang akan dikreditkan kepada akaun pendengar pada hari yang sama. 

Penyampai Suria FM Tubuhkan Tabung Pendengar Suria Untuk Bantu Pendengar

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, inisiatif ini merupakan idea asal daripada penyampai Suria dan kemudian dikembangkan lagi menjadi salah satu pengisian di dalam segmen Team Pagi Suria. 

“Ketika situasi mencabar ini, Suria FM banyak menerima panggilan luahan perasaan dan perkongsian kisah hidup daripada pendengar setia kami. Ada yang menghubungi kami menyatakan tiada makanan pada hari ini, tidak dapat membeli keperluan harian dan sebagainya. Jadi kami fikirkan apa yang kami boleh lakukan bagi membantu mereka secepat mungkin pada hari itu juga”, tambah DJ Lin. 

Bermula 16 Ogos ini juga, segmen Team Pagi Suria yang dihoskan oleh Ajak dan Fizi Ali kini akan menampilkan Suraya Borhan sebagai rakan penyampai yang akan melengkapi trio Team Pagi Suria dan menghiburkan pagi pendengar setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. 

Suraya Borhan juga akan mengendalikan segmen Carta Suria Top 40 bersama Fizi Ali pada setiap hari Sabtu dan siaran ulangan pada hari Ahad dari jam 10 pagi hingga 2 petang serta segmen Hello Suria pada setiap hari Sabtu dari jam 2 petang hingga 6 petang. 

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, mereka yang berbakat melukis masih sempat untuk menyertai peraduan Perarakan Merdeka Suria X KL Sketch Nation. 

Penyampai Suria FM Tubuhkan Tabung Pendengar Suria Untuk Bantu Pendengar

Cuma hantarkan lukisan atau ilustrasi unik karakter pilihan mereka mengikut template dan tema patriotik harian yang disediakan di laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 sebelum 20 Ogos ini untuk merebut peluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM4,000 dan hadiah eksklusif daripada Suria FM. 

Terdapat sembilan (9) jenis tema yang telah dimuatnaik di laman web suria.my/perarakanmerdeka2021 sebagai rujukan kepada pendengar yang ingin menyertai pertandingan ini. Antara jenis tema yang telah dimuatnaik adalah Olimpik, Patriotik, Adiwira, Flora, Hantu, Selera, Kebudayaan, Fauna dan Teknologi. 

Nikmati kemeriahan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan dengan menyaksikan ilustrasi anda dan pemenang karakter unik yang lain menjadi salah satu kontinjen yang berarak di dalam Perarakan Merdeka Suria x KLSketchNation pada 31 Ogos ini di semua platform digital Suria dan KL Sketch Nation. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yusuf Bahrin & Dua Adiknya Positif Covid-19

Radio Gegar Perkenal Barisan Personaliti Penyampai & Pengisian Terkini