in , ,

Penyampai Berita Nightline TV3 Raymond Goh Meninggal Dunia 

Penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Berita duka tersebut dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan sebekum dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selewat-lewatnya petang ini.

“Raymond meninggal dunia dalam keadaan tenang,” tulis Faridah dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan sebelum beralih kepada Nightline di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RADJA

Live In Concert : Radja & Special Appearance Ella (Jujur Takkan Melupakanmu)

Fiersa Besari Ajak Peminat ‘Galau’ Bersama di Konsert Berjalan Mundur