in ,

Penyampai Baru Hot FM & Kool FM untuk 2017

Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima hari ini mengumumkan pemantapan barisan hadapan bagi dua buah stesen di bawah naungan rangkaian tersebut. Hot FM, selepas kemasukan Shuk Januari lalu, kini menerima seorang muka baharu, Zetty Nabila Muhamad Ghazali, 26 manakala Kool FM menerima penyertaan Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad, 28 dan Muazanazzudin Mohamed, 33 berkuatkuasa 6 Februari 2017.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Rangkaian Radio Media Prima, Anida Mohd Tahrim, “Pemantapan barisan bagi kedua-dua stesen ini adalah jelas dengan misi untuk sentiasa tampil dengan pembaharuan serta perubahan yang terkini sesuai dengan visi untuk menjadi jenama dengan fokus utama dari segi muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini.’

Zetty Nabila, lebih dikenali sebagai Zetty merupakan bekas anggota Hot FM Honda Jazz Zoomerz sejak 2012 dan turut bertugas sebagai penyampai radio sambilan di stesen itu sejak 2 tahun lalu. Kehadiran Zetty di Hot FM adalah berikutan dengan perpindahan Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad atau Rea dari Hot FM ke Kool FM. Manakala Muazanazzudin yang lebih sinonim dengan panggilan Muaz adalah bekas penyampai radio di salah sebuah radio tempatan yang mempunyai pengaruh yang tidak kurang hebatnya.

Seiring dengan Hot FM yang kini menjangkau usia 11 tahun operasi pada 6 Februari dan Kool FM yang bakal menyambut tahun pertama operasi pada 1 Mac nanti, barisan baharu ini bakal memperkukuhkan kedua-dua jenama tersebut di dalam industri penyiaran radio negara. Kehadiran wajah-wajah baharu dan segar dijangka akan dapat menjadikan Hot FM dan Kool FM sentiasa menjadi pilihan pendengar masyarakat masa kini.

Info lanjut :

Untuk informasi lanjut, pendengar boleh melayari laman web serta laman sosial media rasmi kedua-dua stesen tersebut;

Hot FM di www.hotfm.com.my dan Facebook/Instagram/Twitter : hotfm976
Kool FM di www.koolfm.com.my, Facebook : Kool FM Instagram/Twitter :koolfmmy

Waktu

Nama Segmen

Penyampai

6.00 pagi – 10.00 pagi

Geng Pagi Hot

Shuk, Ajak dan Fizie

10.00 pagi – 4.00 petang

Muzik Hot

Zetty

4.00 petang – 8.00 malam

Jam Hot

Deen, Issey dan Ammar

8.00 malam -12.00 tengah malam

50 Hot

Haziq dan EL

Waktu

Nama Segmen

Penyampai

6.00 pagi – 10.00 pagi

Pagi Hari di Kool

AG dan Haiza

10.00 pagi – 3.00 petang

Muzik Kool Tanpa Henti

Rea

3.00 petang – 7.00 malam

Petang Kool

Liza dan Muaz

8.00 malam -12.00 tengah malam

Malam Kool

Ikhwan dan Ezaq

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV9 HALAQAH Merungkai Kehidupan Selepas Mati

Video Neelofa Mengaku Berkawan Dengan Kerabat Diraja