Pensil – Penuh Dengan Pengajaran Dan Nilai Agama

PENSIL, filem yang menyentuh perasaan terbitan GENIUS PARADE SDN. BHD. GPSB yang merupakan filem pertama mereka, bakal ‘menyentuh’ penonton di pawagam pada 12 jun 2008 ini. Filem arahan pengarah baru M. Subash yang juga penulis skrip, penulis lirik lagu tema (Gelap), dan juga merupakan pelakon utama dalam filem ini (PENSIL), adalah seorang yang berbakat besar. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi milik GPSB, GENIUS PARADE COACHING CENTRE yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Filem arahan pengarah baru M. Subash ini, merupakan sebuah filem yang mengisahkan kehidupan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan.

Walaupun cacat, Badrul (lakonan M. Subash) amat sayang pada ibunya (Maimon Mutalib). Badrul juga mempunyai nilai-nilai murni dan sikap menghormati orang-orang tua. Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis.

Mak Nek (Rominah Sidek) adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid (Jalil Hamid). Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih saying dari ibunya. Badrul akan  meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.

Pengarah yang juga bertanggungjawab dalam lakon layar filem ini, menyatakan bahawa filem ini menerapkan nilai-nilai moral yang penting dalam kehidupan harian. Menurut beliau, filem sekarang kurang menitik beratkan aspek agama malah nilai-nilai moral juga sering diketepikan. Bagi beliau, untuk mewarnai sebuah dunia perfileman, sebuah filem tersebut perlu melahirkan kelainan, dan sekaligus membina masyarakat berfikiran luas. Menyedari hakikat, filem-filem tempatan yang kini lebih mementingkan nilai komersial, beliau menyatakan bahawa filem Pensil bukan bertujuan untuk ‘membuat duit’ tetapi lebih bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat. Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat melayu memiliki nilai-nilai yang boleh menjadi contoh kepada bangsa lain, tetapi disebabkan oleh kesan nilai barat, nilai-nilai murni mereka semakin terhakis.

[tags]pensil review, m subash profile, Lorong Hantu, melanie putra, melissa indot, minah rempit, para pencari tuhan, red carpet aim15, Rianti R. Cartwright, selebriti, Tarex Jabrex, Zaskia Adya Mecca, astro awani rancangan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree

PERTANDINGAN BINTANG KLASIK NASIONAL 2008 ZON TENGAH