in ,

Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

KEJAYAAN tidak akan datang bergolek. Pastinya juga kesusahan, cabaran dan pergelutan masa lampau yang dilalui menjadi pengalaman terbaik untuk keindahan serta nikmat bahagia yang dikecapi kala ini.

Wanita bernama Nor Rafidah Khairuddin yang baru menyambut ulang tahun ke-31 tahun pada 26 Februari lalu juga berdepan liku hidup penuh kegetiran sebelum mencipta jaya. Cerita anak bongsu tujuh beradik dari Ipoh, Perak yang kini menjadi pengasas Sellection sebenarnya cukup menginsiprasikan. Keputusan berhijrah mengikut suami tercinta, Abdul Hadi Wisman, 34, yang kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Sellection pada tahun 2014 ke Montreal, Kanada sebenarnya menyorot satu perjalanan pahit yang berakhir dengan kemanisan.

Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

Merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada itu sebenarnya mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.

“Berbanding suami yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di Kanada, saya sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan.

Pernah dalam satu ketika saya membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping) dan pembantu dapur.

Dalam sehari saya pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum saya mendapat pekerjaan tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.

“Akibat terasa susah dan rasa kesempitan hidup, saya bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan tambahan pendapatan.

Jadi tercetuslah idea menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015.

Cerita menjual mufin pisang ini tak pernah saya kongsi dengan pengikut dan peminat.

Mungkin ada yang fikir tinggal di luar negara itu menyeronokkan dan sangat senang. Dalam seronok sebenarnya ada terpalit cerita sebaliknya,”

– Nor Rafidah
Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

Nor Rafidah membuka bicara pada majlis Sellection Dinner and Appreciation Night pada 7 Mac di Black Pearl Event Space, Shah Alam.

Mengimbas kembali momen memulakan perniagaan menjual mufin pisang itu, Rafidah mengakui ia bukan satu perkara mudah.

Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

“Saya reka resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur.

Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang langsung saya.

Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung.“Saya sudah terbiasa menerima penolakan.

Saya tetap kuat dan sabar.

Dalam hati saya cukup optimis kerana rasa mufin ini sangat sedap & kandungannya menyihatkan. .

“Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah.

Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah sahaja. Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart.

Rumahlah jadi tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin saya mulai diterima ramai.

“Dari satu kafe, akhirnya saya berjaya menyediakan mufin pisang ini untuk sembilan buah kafe di sekitar Montreal,”

– Nor Rafidah
Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

Hasil jualan mufin pisang yang dijual cukup membanggakan menjadi ruang terbaik untuk saya memanjakan diri dengan membeli apa yang diingini. Saya mula pergi ke Shopping Outlet hingga terlintas pula ruang untuk meneroka perniagaan sebagai Personal Shopper.

“Jualan mufin ini boleh saya katakan sebagai asbab hingga saya mencuba nasib pula sebagai personal shopper dengan lebih serius.

Peluang ke pelbagai outlet meneroka macam jenis barangan berjenama mencetuskan idea baru untuk saya berjinak jinak dalam dunia “online shopping”.

Apabila percubaan saya menjadi personal shopper semakin berjaya dan berkembang, perniagaan mufin pisang pula terpaksa dikorbankan.

“Apabila saya kerap pulang ke Malaysia atas urusan perniagaan, kekangan masa dan komitmen untuk fokus dalam bisnes mufin pisang terganggu.

Selama dua tahun bisnes mufin pisang beroperasi dan pada tahun 2017 saya dan suami juga membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi Sellection,”

– Nor Rafidah
Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

Pada asalnya Rafidah menjadikan medium Facebook Page sebagai ruang melebarkan perniagaan sebagai personal shopper yang diberi nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah dengan pengikut seramai 89 ribu.

Hingga hari ini, Sellection kian menempa nama di media sosial seperti di Instagram (@sellectioncom), youtube channel ( youtube.sellection.com) selain laman sesawang, www.sellection.com

Seterusnya pada tahun 2018, butik pertama Sellection dibuka beralamat di Ground Floor, 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

“Ikutkan sejak tahun 2015 lagi saya sempat menyelit minat sebagai Personal Shopper.

Saya suka sangat handbag dan saya ingin orang Malaysia pakai barangan berjenama ini.

Saya banyak kongsikan video demo tentang handbag, artikel fesyen yang bermanfaat kepada semua pengikut.

Lama-kelamaan pengikut saya juga mula bertambah.

Tahun demi tahun saya mendapat banyak tempahan melalui sistem pre order yang saya tawarkan.

Pengikut dan pelanggan juga terus bertambah dari masa ke semasa. Mereka juga boleh melihat katalog barangan yang dijual di halaman Facebook dan lama sesawang rasmi.

Saya bina kepercayaan sedikit demi sedikit dengan memberikan servis perkhidmatan pelanggan terbaik dan nilai manfaat kepada para pembeli.

Sebenarnya bukan mudah untuk orang luar percaya bisnes sebegini apatah lagi atas talian.

Namun saya berjaya menawan hati mereka hinggalah wujud butik pertama Sellection di Wangsa Melawati,”

Daripada Penjual Mufin Pisang Ke Personal Shopper Jenama Sellection Berjaya

Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik.

“Yang pasti semua produk jenama mewah saya original dan baru. Ia dibeli terus di outlet di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah.

Saya sendiri menggemari barangan mewah.

Saya pasti ramai juga merasai keinginan sama.

Tidak hanya golongan wanita, lelaki pun mempunyai minat sama.

“Ada yang nak bergaya dengan barangan mewah namun mahu berjimat. Daripada situlah saya lihat ruang menjadi personal shopper itu terbuka luas.

Harga yang dibeli di outlet lebih murah daripada yang dijual di butik. Pada masa sama ia juga up to date dan harga mampu milik,”

– Nor Rafidah

Bermula dengan perniagaan personal shopper, Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu milik. Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai “Online Premium Outlet” yang pertama di Malaysia.

Ketika ini juga Rafidah berkata pihak Sellection turut mahu membuka peluang niaga kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan

“Kami mahu sama-sama mengajak orang di luar sana menjana pendapatan dan meluaskan peluang niaga bersama Sellection.

Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi rakan perniagaan atau Reseller yang mahu bekerjasama dan mengambil bahagian besar dalam perjalanan Sellection yang akan terus maju,”

– Nor Rafidah

Di akhir bicara, Rafidah berkata pihak Sellection turut memperkenalkan tanda pagar Sisters di Malaysia sebagai rangkaian terbaik mendekatkan mereka dengan pengikut dan pelanggan.

“Mereka umpama rakan alam maya yang jauh di mata, namun dekat di hati.

Yang tak kenal rapat sekalipun kami amat terbuka menjalinkan hubungan baik.

Misi Sellection ialah memberikan pelanggan pengalaman istimewa apabila membeli belah dengan Sellection seolah-olah mereka membeli barangan mewah itu terus di butik atau outlet jenama terkenal itu sendiri,”

– Nor Rafidah

Sesungguhnya di sebalik kepahitan dan kemanisan yang dilalui, Rafidah dan suami juga akur perkahwinan mereka sejak 12 Oktober 2013 juga belum menyebelahi mereka dalam soal menimang cahaya mata.

“Kami percaya dan akur belum rezeki lagi kehidupan dan kenikmatan yang diraih ketika ini masih belum dikurniakan anak.

Cuma saya dan suami anggap belum masa untuk kami beroleh kemanisan bergelar ibu bapa.

Malah kami anggap rezeki itu diberikan Tuhan dalam bentuk lain termasuklah rezeki dalam perniagaan dan berkongsi kenikmatan itu dengan orang lain.

“Bukan tidak berusaha dalam soal mendapatkan anak, cuma kami anggap tempoh berdua ini juga ruang terbaik untuk terus berjuang memastikan jenama Sellection berkembang pesat dan dikenali seantero dunia. Insya-Allah.

“Sedih itu hal biasa yang sesekali akan menerjah dalam perasaan kita yang bernama manusia kala rezeki dapat anak itu belum datang.

Tapi saya dan suami kena terus kuat menempuhi ujian yang diberikan,”

– Nor Rafidah

Info

  • Facebook Page di bawah nama Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah dengan pengikut seramai 89 ribu.
  • Instagram (@sellectioncom)
  • youtube channel ( youtube.sellection.com)
  • laman sesawang, www.sellection.com

What do you think?

86 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Akim, Black, Tomok & Hazama Bergabung di Konsert 4G Di Istana Budaya

Peraduan Tayangan Menonton Filem BLOODSHOT