in , ,

Penjelajahan Menakjubkan Dalam Laut dalam Dokumentari Inggeris BLUE PLANET II

Satu penjelajahan yang menakjubkan di lautan-lautan yang luas di dunia, episod berjam-jam menangkap haiwan dan organisma hidup lain di dalam habitat semulajadi mereka, membawa penonton berada dalam kehidupan di bawah air.

Dari laut tropika hingga keadaan yang mencabar di Artik, penerbitan program “Blue Planet II” menggunakan peralatan dan teknik penggambaran moden untuk menyinari cahaya di kawasan planet yang manusia tidak pernah melihat sebelumnya. Kisah ini dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 18 September ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.35 petang mengisi slot World Watch di TV1. 

David-Attenborough-set-to-present-Blue-Planet-II-769484

Lapan (8) episod menarik dengan mengetengahkan paparan sesuatu yang mengujakan untuk dikongsikan dengan semua pencinta keindahan hidupan laut dalam. Ikuti tajuk ‘One Ocean’ dimana hos program ini iaitu Sir David Attenborough menghuraikan kecekapan ‘dolphines’ dan kerajinan ‘Tusk Fish’ yang pandai mencari makanan dan burung ‘turks’ yang berpindah mengikut musim panas di Lautan India.

Di samping itu, hos menunjukkan ikan ‘stingray’ yang terdapat di Mexico, ‘Killer Whales’ yang terdapat di New Zealand, anjing laut di Alaska, ikan gergasi di Jepun dan ikan paus yang terdapat di Norway. ‘Sea weeds’ dan karang di laut mengeluarkan oksijen yang lebih daripada mencukupi untuk kesihatan manusia yang sihat.

Menerusi tajuk ‘The Deep’ pula ikuti paparan kehidupan yang penuh misteri di Antartika dan 90 peratus daripada jumlah ikan yang didapati di laut, berada di bawah Antartika ataupun ‘Twilight Zone’. Selain daripada beratusan jenis ikan, makhluk aneh yang bersinar dengan cahaya turut hidup satu kilometer dibawah laut.

Bangkai ikan paus di laut menjadi makanan untuk ikan jerung dan semua jenis binatang di laut. Hos juga menceritakan kehidupan ikan ‘sword’, ikan ‘jelly’, ikan ‘angler’, ‘schrimps’ dan ‘squids’. Di Pasifik Selatan, gunung berapi sentiasa meletup dan mengeluarkan gas dan pada satu masa, ianya menjadi mineral dan menjadi makanan untuk setengah juta binatang di laut.

coral berwarna-warni dalam doku ini

Dalam episod ‘Coral Reefs’ penonton berpeluang mengetahui tentang terumbu karang yang terdapat di Asia Tenggara, memberi laluan bagi beratus ribu jenis ikan terus hidup dalam suasana yang indah. Seterusnya, diceritakan terumbu karang yang terdapat di Australia Tenggara, ‘Red Sea’ dan Pasifik Selatan. Hos juga menceritakan kehidupan ikan ‘cuttle fish’, ketam, penyu, sotong, ‘clown fish’, ‘dolphins’, ‘surgeon fish’, ‘blennies’ dan ‘marbled groupers’ di terumbu karang. Cuaca dunia yang panas tidak tentu dan pencemaran alam oleh manusia, mungkin akan merosakkan kecantikan terumbu karang di masa akan datang.

Sementara itu dalam tajuk ‘Big Blue’ huraian lautan terbuka luas dan indah untuk segala jenis binatang dan haiwan terus hidup di laut. Seterusnya, hos menceritakan makanan untuk ‘spinner dolphins’, ‘tuna fish’, ‘sail fish’ dan ‘devil ray’ adalah beratus ribu ikan ‘lantern fish’ yang bergerak secara kumpulan dan menjadi mangsanya.

Hos juga menceritakan kehidupan ‘sperm whale’, ‘blue sharks’, ‘white sharks’, ‘Portuguese man o’ war’, ‘whale shark’, dan ‘short-finned pilot whale’. Pembuangan plastik dan sisa kimia di laut mengakibatkan pencemaran laut dan membunuh beratus ribu ikan dan binatang di laut.

Episod ‘Green Sea’ pula membuka kisah lautan terbuka luas dan indah untuk segala jenis binatang dan haiwan terus hidup di laut. Setiap hari, terlalu banyak cabaran dilalui oleh binatang dan beratus ribu jenis ikan di laut.

Seterusnya, hos menceritakan makanan untuk sotong, ‘pyjama shark’, ‘sea otter’, ‘tiger shark’, ‘spider crabs’, ‘giant cuttle fish dan ‘sea lions’. Pembuangan plastik dan sisa kimia di laut mengakibatkan pencemaran laut dan membunuh beratus ribu ikan dan binatang di laut.

Blue Planet II

Perkongsian tentang ‘Coasts’’ juga menarik dengan cerita lautan dan pantai terbuka luas dan indah untuk binatang dan haiwan terus hidup penuh dengan cabaran. Setiap hari, terlalu banyak cabaran dilalui oleh binatang dan beratus ribu jenis ikan di laut dan pantai.

Seterusnya, hos menceritakan cabaran yang dihadapi oleh ‘galapagos sea lion’ untuk mendapatkan makanan dari laut dan juga dibincangkan kehidupan burung ‘puffins’, penguin, ‘elephant seals’, ‘spinner sharks’ dan ‘blacktip shark’. Pembangunan pesat di pantai sepanjang laut menjejaskan kehidupan binatang.

Tajuk ‘Our Blue Planet’ menjelaskan bahawa lautan Pasifik dan Antatika sedang menghadapi berbagai jenis ancaman dan bantuan harus diberikan oleh setiap orang.

Seterusnya, hos menceritakan penglibatan kerajaan dan orang awam untuk mempelihara binatang dan haiwan di Norway, Trinidad dan Sri Lanka. Percubaan mereka telah membawa hasil positif ke arah pemeliharaan ikan di laut. Kehidupan marin di lautan Pasifik dan Antatika harus dipikul oleh semua yang bertanggungjawab.

Dokumentari ini berakhir dengan aksi krew kamera, para ahli saintis dan pembantunya berada di lautan Pasifik Selatan, Antartika dan banyak lagi lautan untuk mengkaji laut dan kemandirian binatang dan haiwan di laut.

Seterusnya, hos menceritakan kamera tercanggih, teknologi baru menyelam dan banyak lagi peralatan moden digunakan di dalam laut untuk mengkaji dan mengetahui sikap dan pengenalan beratus ribu jenis binatang dan haiwan. Semua mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menjaga alam sekitar dan binatang di laut.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Genting Hong Kong Commences Construction of Dream Cruises’ Second Global Class ship at MV WERFTEN

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Kini Bergelar Jutawan Kosmetik