in ,

Peningkatan Jumlah Penumpang Dijangka Di Lapangan Terbang Selepas PRU13

[dropcap]A[/dropcap]irAsia menasihatkan para tetamu agar tiba lebih awal untuk menaiki penerbangan kerana peningkatan jumlah penumpang yang mendadak dijangka berlaku di lapangan-lapangan terbang di seluruh Malaysia selepas pilihanraya umum.

AirAsia telah menerima 35,000 penumpang setiap hari, yang telah melalui Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) untuk pulang mengundi dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini, dan syarikat penerbangan itu menjangkakan jumlah yang sama akan kembali.

Para tetamu disyorkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan dan melepasi semua formaliti perjalanan seawal mungkin untuk mengelakkan diri dari kesesakan yang mungkin timbul.

[pullquote align=”right”]Tiba sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan untuk mengelakkan kesesakan[/pullquote]

Para tetamu adalah dinasihatkan untuk menggunakan servis daftar masuk melalui web dan peranti mudah alih untuk perjalanan yang lebih lancar. Daftar masuk melalui web dan peranti mudah alih boleh dilakukan 14 hari sebelum penerbangan yang dijadualkan dan sehingga 60 minit sebelum perlepasan.

Bagi mereka yang terbang tanpa sebarang bagasi daftar masuk, boleh menuju terus ke Kaunter Semakan Dokumen untuk mengesahkan dokumen perjalanan dan memasuki pintu berlepas.

Untuk tetamu dengan bagasi daftar masuk, kami mengesyorkan mereka untuk tiba awal bagi memastikan agar mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan Baggage Drop dan menuju ke pintu berlepas masing-masing.

Juga disyorkan untuk tetamu untuk menempah awal hidangan di atas pesawat, kerana permintaan yang meningkat boleh menyebabkan stok untuk menjadi tidak mencukupi untuk pembelian serta-merta di atas pesawat. Pra-tempahan memastikan agar hidangan tersedia, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas membuat tempahan penerbangan dan sehingga 24 jam sebelum masa berlepas yang dijadualkan.

AirAsia mengucapkan selamat terbang ke destinasi dan alamilah perjalanan yang menyenangkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Crazy Over The Samsung Galaxy S4

Best-in-Class Windows PCs Under Newly Expanded ATIV Brand