in ,

Pengurus Nafi Zamani Tarik Diri

Pengurus Zamani, Aalan Ahmad menafikan kenyataan seorang lagi pengurus Zamani, Johan Aziz yang mendakwa Zamani telah menarik diri daripada program Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Menurut Aalan, dari awal lagi Johan sebenarnya bukan pengurus Zamani dan hanya menguruskan Slam sebelum ini.

“Saya yang uruskan Zamani, jadi saya orang yang bertanggungjawab untuk membuat sebarang kenyataan tentang Zamani.

“Zamani seorang yang jujur, dia masuk GV5 cara baik, dia akan keluar dengan cara baik. Umpama masuk tempat orang, jadi kita hormati tuan rumah.

“Johan tidak perlu keluar apa-apa kenyataan dan jangan keruhkan keadaan.

“Kejadian ini baru semalam berlaku, tak mungkin Zamani akan tarik diri sebelum berbincang dengan saya. Dia tak kan membelakangkan saya.

“Memang Datuk Alif Syukri ada menawarkan imuniti tapi kami masih belum membuat keputusan untuk terima atau tidak imuniti ini.

“Semuanya bergantung pada kesihatan Zamani, jika ada kemungkinan Zamani masih tidak boleh menyanyi kami akan pulangkan imuniti itu kerana ia tidak adil untuk peserta lain,”

– Aalan

Menurut Aalan lagi, Zamani tidak dapat mengawal emosi ketika berada di belakang pentas.

“Zamani tidak putus-putus meminta maaf, katanya tidak ada rezeki untuk dia di sini lagi. Dia juga menangis kerana telah menghampakan peminatnya,”luah Aalan.

Malam tadi, Zamani yang diberikan tugasan menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta gagal membuat persembahan dari awal lagi ekoran kehilangan suara. Justeru, tiada markah diberikan oleh pihak Juri dan dia tersingkir dalam minggu kelima ini.

Namun, dia diselamatkan oleh Datuk Alif Syukri sebagai penaja yang menggunakan imunitinya menyelamatkan Zamani.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamani Mohon Tarik Diri Dari GEGAR VAGANZA

AirAsia Tiba di Lapangan Terbang Silangit, Indonesia