in ,

Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat

Pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki meminta pelawak itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd seperti yang didakwa. Marina berkata, berdasarkan maklumat daripada juruaudit Wire Fame, Azlan Karim setakat ini tiada sebarang penyelewengan berlaku dalam syarikat itu.

Marina Juki

“Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan. Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya. Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu.”

Marina ditemui pada sidang media khas di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis. Selain Azlan, turut hadir pada sidang media itu peguam Wire Fame, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi, membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan. Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.

Sementara itu, Marina berkata, sekatan akaun bank syarikat mereka membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis-artis naungan seperti Johan As’ari dan Kaka Azraf.

“Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya. Perkara ini membuatkan Johan As’ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut. Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional.”

Zizan kini berada di negara Jepun bagi menjalani penggambaran program travelogue Jejak Jepun terbitan Astro.

Zizan Razak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penny Tai Menang Besar di Taiwan Golden Melody Awards 2014

Didie Alias Selamat Bersalin Baby Lelaki