in

Pengurus Artis Tipu Ambil Kesempatan Songlap Duit Artis

Dalam dunia hiburan, banyak sekali tipu helah dan politiknya. jangan ingat dunia politik sahaja wujudnya manusia yang suka menipu. Memang perkara ni dah lama berlaku. Tapi dalam kes yang dipaparkan oleh Harian Metro ini, Budiey juga pernah mendengar daripada krew yang terlibat. Mmm… tak sangka jugak.

Awas, ramai tukang belit

DALAM industri, ramai suka mengaut keuntungan daripada artis baru, termasuk pengurus artis. Cerita yang ingin CAK kupas ini adalah mengenai seorang pengurus artis yang suka sangat mengambil kesempatan daripada artisnya.

Ketika membawa empat bintang sebuah program realiti ke Brunei tidak lama dulu, dia menggunakan skil tembelangnya semaksimum mungkin. Khabarnya empat artis itu diundang untuk mempromosi single mereka di negara itu dan seorang daripada mereka dijemput menghiburkan pembesar.

Nak dijadikan cerita, tiga artis lagi diminta membuat kemunculan khas di majlis yang membabitkan ramai kenamaan itu tetapi pengurus artis ini meletakkan syarat penganjur mesti menyediakan beg Louis Vuitton (LV), komputer riba dan duit RM2,300 untuk setiap seorang.

Jika permintaan itu tidak dipenuhi, artis ini tidak berminat terbabit dengan majlis itu. Walhal ‘urus niaga’ dilakukan di luar pengetahuan artis berkenaan. Sebaik mengetahui cerita itu, tiga artis ini sangat kecewa kerana peluang muncul di depan pembesar negara itu bukan selalu datang. Soal bayaran, mereka langsung tidak kisah asalkan dapat pendedahan.

Bukan itu saja, CAK dengar pengurus artis ini sering juga bawa artis baru menyertai beberapa program TV dan dalam diam dia mengaut macam-macam keuntungan. Artis sekadar mendapat bayaran ciput manakala dia pulang dengan poket penuh. Dia juga suka sorok bayaran dan bila ditanya, macam-macam alasan diberi.

Saran CAK kepada pendatang baru, berhati-hatilah. Jangan mudah tertipu dengan janji manis dan pujuk rayu pengurus artis yang kononnya boleh memberi kesenangan dan laluan mudah untuk popular dan bertahan dalam industri.

Siasat dulu latar belakang dan rekod kerjanya. Manalah tahu anda bergantung kepada ular besar yang hebat dalam bab belit membelit, tak pasal-pasal pula gigit jari nanti.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza, Sairah & Saida Lancar Album Apresiasi

Winners 8Th Annual Boh Cameronian Arts Awards 2009