in ,

Pengumuman Persembahan Fasa Pertama NUSA FEST

NUSA FEST – 3 NEGARA, 1 LOKASI PENYATUAN

Untuk suku tahun pertama 2020, Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakan kepada khalayak sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 7 dan 8 Mac 2020, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 3 petang di Bandar Malaysia, Sungai Besi. 

Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.
Nusa Fest
Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga negara. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.
Dan fasa pertama NUSA FEST, Shiraz Projects mengumumkan kemunculan Butterfingers, Caprice & Badboi, Cita Citata, Exists Reunion, Gerhana Skacinta, Joe Flizzow, Kelompok Penerbang Roket, Maliq & D’Essentials, Padi Reborn. 
Bukan hanya berhibur di pentas muzik, pastinya suasana festival ini akan menyediakan sebuah rasa ‘rumah kita’ dengan makanan tiga buah negara, barangan budaya, merchandise dan banyak lagi. Juga akan disediakan ruangan kanak-kanak buat famili yang datang berkunjung ke festival hiburan dan seni ini. 
Tiket berharga RM 100 (Sehari) dan RM 175 (Dua hari) dijual untuk EARLY BIRD manakala tiket NORMAL pula beharga RM125 (Sehari) dan RM200 (Dua hari) dan tiket VIP berharga RM800 (Dua hari) akan mula dijual pada 16 Januari 2020 di www.myticket.asia.
Barisan artis fasa kedua akan diumumkan pada 27 Januari 2020 dan anda pasti teruja melihat barisan artis penuh Nusa Fest selepas pengumuman tersebut dibuat.
NUSA FEST ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd. 

NUSA FEST 

Tarikh:             7 dan 8 Mac 2020

Masa:             Mulai jam 3pm

Venue:             Bandar Malaysia, Sungai Besi

Laman web:    www.shirazprojects.com

Harga tiket:     EARLY BIRD:

RM100 (Sehari)

RM175 (Dua hari)

NORMAL:

RM125 (Sehari)

RM225 (Dua hari)

VIP

RM800

Tiket:               www.myticket.asia

Ticket Hotline: 03 8605 0195

Info Hotline:    +6012 256 0082

Facebook:       nusafest.my

Instagram:       nusafest.my

Hashtag:          #nusafest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cintaiku Pertaruhan Terbaru Datin Alyah

Senarai Persembahan di Istana Budaya Tahun 2020 Diumumkan di Konsert VM2020