in ,

Pengikut Instagram Neelofa Naik Secara Mendadak Selepas Dirinya Berniqab

Bilangan pengikut Neelofa naik secara mendadak. Kini Neelofa meraih 8 juta pengikut di Instagram sekali gus menjadikan Neelofa selebriti di Malaysia yang mempunyai bilangan pengikut paling ramai.

Kiranya dapat memintas bilangan pengikut Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berada di tempat kedua.

Pencapaian angka 8,007,202 juta tersebut dilihat naik mendadak selepas pengacara program bual bicara Next To Neelofa itu mengumumkan dirinya berniqab pada Khamis lalu. 

Jika sebelum ini, bilangan pengikut Neelofa di IG mencatat 7.8 juta pengikut pada minggu lalu telah meningkat kepada angka 8 juta dalam masa tujuh hari. 

Terdahulu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi selebriti paling ramai pengikut namun terpaksa akur di kedudukan kedua dengan 7,942,992  juta pengikut. 

Carta ini diikuti rapat dengan pelakon Zizan Razak yang mencatatkan 7.6 juta pengikut dan Nora Danish dengan 7.5 juta pengikut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ain Edruce 1 | 20

Puma & Creative Artists Kidsuper Studios Release Football Inspired Streetwear Collection

Syahmi Sazli 2020 | 21

Tahniah! Filem Mael Totey The Movie Berjaya Pecah Rekod Astro First