in ,

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Hantar Gambar Dalam Kualiti HD

Sejak Februari lalu, CEO Meta Mark Zuckerberg telah mengumumkan bahawa ciri menghantar gambar dalam kualiti HD kini telah diperkenalkan kepada pengguna WhatsApp dalam versi stabil.

WhatsApp akan mengenalkan ciri baru kepada pengguna iOS dan Android secara berperingkat. Bila ciri ini sudah ada, anda akan melihat butang “HD” di atas bar gambar suntingan di WhatsApp. Anda boleh pilih sama ada hendak menghantar gambar dalam kualiti “Standard” atau “HD”.

Dengan kualiti HD ni, pengguna boleh hantar gambar dengan jelas lebih tinggi. Namun, ia dipercayai bukan 100% dalam kualiti asal.

Pengguna WhatsApp Kini Boleh Hantar Gambar Dalam Kualiti HD

Sementara itu, WABetalnfo menyatakan pilihan HD hanya tersedia bagi imej yang dianggap cukup baik untuk dihantar dalam kualiti tinggi. Jika kualiti imej yang dimampatkan (compress) tidak jauh berbeza daripada yang berkualiti tinggi, atau saiz foto tidak begitu besar, pilihan HD tidak akan tersedia.

Selain untuk gambar, WhatsApp dijangka akan melancarkan ciri menghantar video dalam kualiti HD tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV9

Ragam Si Cilik Memeriahkan Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun

AMELIA HENDERSON

Reputasi Amelia Henderson Tercalar Dicop Sebagai Keras Kepala & Sombong