in

Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah

“Saya tidak mahu memaparkan karya yang membuatkan orang lebih takutkan hantu dari takutkan tuhan,”

Itulah sebahagian janji pengarah filem Saka, Ismail Yaacob apabila ditanya tentang karya terbaru beliau. Ismail merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membentuk pemikiran penonton dalam melihat dan menonton karya-karya berdasarkan kisah misteri dan mistik samada di layar perak atau di televisyen. Bagi beliau, cukuplah selama ini penonton disogok dengan mempercayai kisah-kisah hantu yang disiarkan.

Melalui karya beliau terbaru, Saka, yang akan ditayangkan di TV3, dia rasa cukup puas, kerana secara tidak langsung, berupaya dalam membawa pemikiran penonton keluar dari kotak dan berfikir secara kritis berkaitan perkara-pekara seperti ini.

“Saka bukan seperti cerita hantu yang lain, tiada hantu yang memakai kain putih dalam cerita ini…” komen Ismail bila ditanya mengenai imej hantu yang cukup tipikal dalam produksi di sini, “Saya akan berikan yang terbaik, dan tidak akan membuatkan penonton takut dengan makhluk seperti ini,” tambahnya lagi.

Beliau juga ditanya jika terdapat sebarang kisah misteri ketika menjalani pengambaran, namun beliau menafikan wujudnya kisah-kisah tersebut, cuma ada beberapa kejadian yang biasa tetapi mungkin dilihat sebagai luar biasa, ulas Ismail lagi.

Saka mempunyai 26 episod untuk tayangan slot Seram di TV3, dan setiap episod membawa persoalan misteri berkaitan saka yang berlainan, misalnya mengenai buaya putih, busut pujaan, harimau saka dan banyak lagi.

Saksikan Drama SAKA di TV3 bermula malam ni.

[tags]drama saka, pembikinan, making of, gambar pelakon saka, filem anak, erra fazira gossip, gambar kahwin ning baizura, audition gangstarz, ismail yaacob[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Brokeback Mountain Co-star Heath Ledger Found Dead

Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007