in ,

Pengarah Areel Abu Bakar Bangga Dapat Bawa Filem WALID Ke Amerika Syarikat 

Dapat Tembusi Pasaran Filem Antarabangsa, Areel Abu Bakar Bangga Dapat Bawa Walid Ke Amerika Syarikat

Pengarah filem Walid, Areel Abu Bakar meluahkan rasa bangganya apabila filem terbaharu arahannya, Walid dapat menembusi pasaran filem antarabangsa. 

Areel berkata, sebagai anak Malaysia, pas;nya dia teruja apabila ada pihak di Amerika Syarikat berminat untuk membawa masuk filem berkenaan ke negara tersebut. 

Pengarah Areel Abu Bakar Bangga Dapat Bawa Filem WALID Ke Amerika Syarikat

“Bagi saya ini merupakan langkah awal untuk filem tempatan tembusi pasaran luar. “Apapun saya gembira sebagai anak Malaysia yang mampu menembusi pasaran filem antarabangsa seper; Amerika Syarikat. 

“Kita sedia maklum yang prosedur untuk melayakkan kita membuat tayangan filem di sana bukan mudah kerana sudah pas; mereka lebih teli; dengan melihat dari segi kuali; dan isi kandungan sesebuah filem itu. Memang ;dak pelik kalau orang kita selalu tertanya-tanya kenapa filem kita susah sanagt nak tayang di sana,” ujarnya. 

Areel berkata, dia juga ;dak menafikan filem arahannya sebelum ini iaitu Geran yang m enerima anugerah ‘Daniel A.CraH Award’ di Fes;val Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 dua tahun lalu antara faktor naskhah baharunya itu mendapat perhatian. 

Pengarah Areel Abu Bakar Bangga Dapat Bawa Filem WALID Ke Amerika Syarikat

Ujarnya, filem Walid ini bukan sekadar filem aksi semata-mata, malah mengangkat isu kemanusiaan dan kenegaraan dengan menerapkan elemen silat yang merupakan warisan budaya sebagai ‘ramuan’ utama. Dalam pada itu, Areel turut memaklumkan dia akan berangkat ke Amerika Syarikat pada 24 Julai ini dan akan berada selama hampir sebulan di sana. 

“Saya akan berada agak lama di Amerika Syarikat memandangkan Walid akan ditayangkan di dua buah negeri iaitu Los Angeles dan New York. 

“Selain tayangan filem, akan ada juga sesi diskusi dan soal jawab mengenai filem Walid. 

Namun ia semua bergantung dengan pengurusan pihak pawagam di sana,” ujarnya. 

Walid menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seper; Megat Sharizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, Yusran Hasim dan ramai lagi. 

Mengangkat kisah penculikan kanak-kanak membabitkan sindiket pemerdagangan manusia, filem Walid akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 14 September 2023. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerana Fasha Sandha, Jualan Produk Berryfull Laku Keras Cecah RM20 Juta

JUDIKA

Rockmantic Night Judika & The Gang di Axiata Arena, Bukit Jalil Pada 21 Oktober