in

Pengalaman Mewah Bermalam di The Royale Chulan Kuala Lumpur

Pengalaman mewah bermalam di The Royale Chulan Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

[dropcap]K[/dropcap]uala Lumpur memang banyak hotel-hotel ternama namun setiap hotel mempunyai keunikan serta tarikan tersendiri. Baru-baru ini saya diberi peluang untuk mengalami penginapan di hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur. Hotel gah bertaraf lima bintang ini terletak di tengah-tengah ibu kota di kawasan komersial yang paling sibuk.

Lokasi strategiknya di depan pusat membeli-belah tersohor KL iaitu Pavilion di Jalan Bukit Bintang menjadikannya salah satu hotel yang paling digemari oleh pelancong asing dan tempatan. Saya termasuk salah seorang yang beruntung kerana dapat merasai pengalaman ini.

The Royale Chulan Kuala Lumpur Night Scene

Sebaik sahaja tiba, saya diberikan bilik yang luas serba mewah yang terdiri daripada 300 buah bilik tamu hotel ini. Ia dihiasi dengan perabot terbaik dan juga kelengkapan-kelengkapan yang lain seperti kemudahan wi-fi, televisyen berlayar leper, dan macam-macam lagi. Bilik mandi saya juga sangat luas setaraf dengan kehebatan bilik saya. Selain daripada 300 buah bilik tamu yang tersedia, ada juga 102 buah unit pangsapuri dan suite studio bagi mereka yang mahu menginap lebih lama di situ.

Untuk makan malam pertama di situ, saya telah dijamu di Restoran Bunga Emas, restoran masakan melayu bertaraf tinggi (fine-dining) yang menyajikan ajnas hidangan Melayu tradisional. Kesemua makanan yang saya cuba memang enak dan disediakan dengan penuh ketelitian. Jelas kelihatan bahawa kualiti dan rasa tidak dipinggirkan dalam setiap menu yang ada. Mungkin kadangkala kita sudah biasa dengan masakan Melayu di rumah, namun pengalaman dan suasana di sini benar-benar berbeza daripada makan di restoran biasa.

Setelah puas berehat , keesokan paginya saya bersarapan di Warisan Cafe. Kafe ini menyediakan aneka pilihan makanan timur dan barat untuk para tamu hotel. Kalau hendak dicuba setiap satu hidangan memang susah kerana pilihannya terlalu banyak tapi apa yang pasti adalah semuanya sedap-sedap belaka.

Selesai sarapan para tamu boleh beriadah di kolam renang ataupun di pusat kesihatan yang tersedia. Selain itu hotel ini juga dilengkapi dengan Spa Telaga Bunga bagi mereka yang ingin dimanjakan dan menenangkan badan.

Pada malam kedua pula saya berpeluang menikmati sajian Perancis di L’Heritage sebuah lagi restoran fine-dining di The Royale Chulan yang menyajikan masakan barat bertaraf tinggi. Saya memang sukakan masakan Perancis dan sempat mencuba foie gras serta beberapa hidangan yang lain. Tidak lupa juga pencuci mulut yang lazat!

Selain Warisan Cafe, Restoran Bunga Emas dan juga L’Heritage, hotel ini ada beberapa tempat makan dan santai yang lain seperti Restoran Cina Tai Ping, Lanai Lounge, Royale Club Lounge, dan Heritage Club & Cigar Lounge.

Pendek kata, pengalaman saya di The Royale Chulan memang menyenangkan. Daripada perkhidmatan terbaik pihak hotel, sehinggalah sajian-sajian yang saya jamah, semuanya menepati kriteria sebuah hotel bertaraf lima bintang antarabangsa. Tidak lupa juga pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti penganjuran acara dan majlis, ruang-ruang mesyuarat serta seminar dan juga pusat perniagaan untuk pelaksanaan kerja. Sekiranya anda mencari hotel yang ada segala-galanya dan masih mengekalkan kelas tersendiri, pastikan ini hotelnya!

Hotel Room

Warisan Cafe With Chefs

View Of The Pool During Daytime 2

L'Heritage 2

Bunga Emas__Mg_1428

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seribu Satu Keindahan Kiridara di Luang Prabang Laos

Mizz Nina & Jay Park Sizzle On New Single Around The World