in , ,

Pengalaman Menonton & Gaming Jadi Luar Biasa Dengan Samsung OLED TV

Teknologi NVIDIA G-Sync Dan Motion Xcelerator 165Hz Membawa Pengalaman Pantas, Lancar Dan Mendalam Untuk Gamer, Peminat Sukan Dan Filem Aksi

Bayangkan ini — anda sedang berada di pusingan akhir perlumbaan maya, atau menonton perlawanan bola sepak yang menentukan juara, atau tenggelam dalam filem aksi yang penuh letupan. Dalam situasi macam ini, satu frame yang terlepas boleh mengubah segalanya. Itulah sebabnya Samsung OLED TV datang dengan teknologi NVIDIA G-Sync — ciri yang bukan sekadar ‘nice-to-have’, tetapi game-changer sebenar.

Dengan G-Sync, kadar segar semula TV diselaraskan dengan output GPU anda. Ini bermaksud tiada lagi tearing, tiada lag, tiada glitch yang memecahkan fokus anda. Setiap gerakan di skrin berlaku dengan lancar seperti air mengalir, walaupun dalam babak paling gila dan pantas. Untuk gamer, ini bermaksud reaksi pantas tanpa gangguan. Untuk peminat sukan, anda takkan terlepas detik sepakan terakhir atau servis penentu. Dan untuk pencinta filem aksi, setiap letupan akan terasa seperti berlaku betul-betul di depan mata.

Motion Xcelerator 165Hz: Rasa Macam Anda Sendiri Dalam Permainan

Kalau anda jenis gamer yang cerewet tentang frame rateMotion Xcelerator 165Hz ini adalah senjata rahsia anda. Kadar segar semula ultra-tinggi ini memberikan visual yang sangat halus, tajam, dan responsif. Tiada ruang untuk motion blur. Tiada alasan untuk terlepas tembakan dalam first-person shooter.

Bayangkan bermain racing game dengan kelajuan maksimum — anda akan rasa seperti duduk di kokpit sebenar, angin seakan terasa di muka, dan setiap selekoh diambil dengan keyakinan. Bagi yang menonton bola sepak atau badminton, setiap gerakan pemain, setiap hantaran pantas, semuanya nampak jelas tanpa bayang kabur.

Samsung tahu gamer tegar mahukan prestasi tanpa kompromi. Sebab itu NVIDIA G-Sync disertakan, memastikan kadar bingkai konsisten dan stabil. Untuk mereka yang menonton sukan, teknologi ini memastikan setiap slow motion replaykelihatan lebih memukau, bukan sekadar ulang tayang biasa.

Kualiti Paparan Yang Membuat Anda Lupa Dunia Luar

Bila bercakap tentang Samsung OLED, kita tak boleh hanya puji kelajuan. Panel OLED ini membawa kontras yang pekat, hitam yang benar-benar gelap, warna yang hidup, dan perincian imej yang mengagumkan. Sama ada anda menonton dalam bilik gelap atau di ruang tamu yang terang, gambar tetap memukau.

Tambahan pula, reka bentuknya minimalis dan premium, sesuai untuk ruang moden. Ia bukan sekadar TV, tapi statement piece yang buat tetamu anda kagum walaupun TV tu sedang dimatikan.

Gabungan Audio Dan Visual Yang Padu

Kalau nak rasa pengalaman hiburan yang betul-betul imersif, Budiey sarankan padankan TV ini dengan Samsung Q-Series Soundbar. Dengan gabungan ini, bunyi dan visual bersatu padu — anda bukan sekadar menonton, tapi merasaisetiap adegan. Bunyi tembakan dalam filem aksi kedengaran realistik, sorakan penonton dalam stadium terasa hidup, dan muzik latar dalam permainan memberi debaran ekstra.

Promosi Eksklusif Sehingga 30 September 2025

Bagi yang tengah aim model Samsung OLED S95F, sekarang adalah masa yang paling win untuk beli. Dari sekarang hingga 30 September 2025, pembelian melalui Samsung Online Store atau Samsung Shop App disertakan dengan tawaran gila-gila:

  • Kredit TNG e-Wallet bernilai RM2,000
  • Slim Fit Wall Mount percuma bernilai RM499
  • Pemasangan wall mount percuma bernilai sehingga RM530

Nak lebih padu? Beli Samsung Q-Series Soundbar terpilih bersama TV ini, dan anda akan dapat tambahan RM300 kredit TNG e-Wallet.

Untuk model Samsung OLED S90F dan S85F, ada tawaran sehingga RM1,000 kredit TNG e-Wallet, dan jika dipadankan dengan soundbar terpilih, anda akan dapat tambahan RM200 kredit TNG e-Wallet.

Maklumat penuh promosi di sini:

Apa Kata Budiey?

Secara jujur, Budiey rasa Samsung OLED TV ni memang satu pakej hiburan premium yang susah nak lawan. Ia bukan sekadar cantik di mata, tapi padu dari segi prestasi. Kombinasi NVIDIA G-Sync dan Motion Xcelerator 165Hz bukan setakat untuk gamer tegar — ia juga memberi impak besar kepada sesiapa yang mahukan tontonan lancar tanpa gangguan.

Tambahan pula, promosi yang ada sekarang memang menggoda. Bayangkan, anda bukan sahaja dapat TV yang hebat, tapi juga aksesori dan ganjaran bernilai ribuan ringgit. Kalau anda memang serius nak naik taraf pengalaman hiburan di rumah, inilah masanya sebelum promosi ini tamat.

Kalau nak ikut rasa hati, Budiey akan kata — jangan tunggu lama-lama. Sebab bila anda dah biasa dengan visual dan audio tahap ini, memang susah nak patah balik ke TV biasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Crayon Shinchan & Tomorrow X Together Bawa Koleksi Eksklusif CASETiFY