in , ,

Pengalaman Menikmati Cinnamon Rolls Viral di Homebaker At Clover 

Dalam perjalanan untuk ke Ayer Hitam, Johor baru-baru ini, Budiey singgah la dulu di Bangi semata rasa mengidam naik mendadak sebab kepingin nak nak makan Cinnamon Rolls sebagai pemanis mulut.

Dengar cerita, katanya ada sebuah kafe ‘viral’ yang jual Cinnamon Rolls yang sedap. Lepas Budiey google jumpala artikel kat internet pasal satu cafe yang viral ni iaitu Homebaker at Clover. Banyak juga artikel yang menyebut tentang kesedapan Cinnamon Rolls kat kafe ini.

Masuk je dalam kafe ni Budiey dah rasa aromanya fuh semerbaknya Cinnamon Rolls. Baunya pun dah menyelerakan. Fuh memang tak tahan pula rasa lapar nak makan.

Di kafe Homebaker At Clover ini, korang boleh pilih daripada lebih 20 perisa yang berbeza macam-macam ada, seperti Almonds, Choc Chip, Manggo Cheese, KitKat, pretzel karamel, dan juga pandan gula Melaka pun ada!

Tapi kalau tanya Budiey, perisa mana yang best, Budiey tetap rasa asli original yang terpaling sedap. Murah pun murah, RM5 je satu. 

Oh ya, yang terbarunya, menunya makin bervariety dan macam-macam, bukan setakat cinnamon rolls je semata sebab kat sini ada vegan menu yang tak kurang enaknya. Sedap makan selepas lunch ke lepas dinner ke sebagai pemanis mulut. 

Suasana makan kat dalam cafe ni pun selesa, boleh duduk rileks chills-chills dengan kawan-kawan. Tempatnya juga estetik bahkan minimal. 

Cinnamon Rolls kat sini memang enak dan korang wajib cuba rasanya yang enak itu. Apatah lagi, puasa nak dekat ni kan, memang enak juga untuk dijadikan sebagai juadah berbuka. Isinya lembut dan rasa tak manis sangat lah. Memang taste wise ok.

Harganya pun berpatutan, macam original regular tu hanya RM5 je satu, tapi korang boleh campur-campur dengan perisa lain letak dalam satu kotak. Untuk coffee lover juga, pelbagai kofi turut disediakan. Patutlah kafe ni semakin hits dan mendapat tempat di hati penggemar Cinnamon Rolls. 

Untuk anda yang nak cuba, Homebaker at Clover ni sekarang ni dah banyak cawangan. Selain kat Bandar Baru Bangi yang Budiey singgah ni, kafe ni ada juga di Subang Jaya dan terbaharu dengarnya ada kat Wangsa Maju. Nak senang, korang follow je IG, Facebook dan masuk website diorang untuk info lanjut!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice | 21

Caprice Jumpa PDRM Hari Ini,”Semoga  Kita Dapat Tangkap Sorang Dua,”

Trending Viral Hiasan | 22

Bagaimana Siri HONOR X Dihasilkan Dengan Kualiti Dan Diyakini