in , ,

Pengalaman Menginap Di SukaSuka Lake Retreat, Lenggong, Perak

Baru-baru ini, Budiey dengan kerjasama ThinkCity telah menyiapkan satu pengambaran travelogue GILA TRAVEL di Lenggong yang terletak di dalam daerah Hulu Perak.

Untuk info, Lenggong sememangnya terkenal sebagai salah sebuah tapak arkeologikal yang terpenting di Malaysia.

Tapak arkeologi Lembah Lenggong juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012. Hebat bukan?

Tetapi tahukah anda Lenggong juga terkenal sebagai destinasi percutian yang berteraskan tradisional Melayu berlatarkan pemandangan flora dan fauna yang cukup menenangkan? Lokasi yang Budiey maksudkan ialah @sukasukalakeretreat 

Pengalaman Menginap Di Sukasuka Lake Retreat, Lenggong, Perak

Selama tiga hari dua malam Budiey berpeluang menginap di SukaSuka Lake Retreat. Satu pengalaman yang luar biasa, yang sangat ‘rare!’

Antara keunikan di SukaSuka Lake Retreat Kg Kelantan adalah tetamu wanita dibekalkan dengan kain batik, manakala kain pelikat untuk lelaki. Antara aktiviti, tetamu akan dijamu dengan makanan tradisional Melayu yang dimasak bersama sambil duduk bersila atau bersimpuh. 

Pengalaman Menginap Di Sukasuka Lake Retreat, Lenggong, Perak

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda cuba seperti bermain congkak, batu seremban, berkayak, memancing, trekking, BBQ dan menaik bot untuk menikmati pemandangan di sekitar tasik.

Budiey percaya ramai sebenarnya di antara korang yang tiada kampung dan tak pernah merasai suasana sebenar kehidupan di kampung. Jadi, SukaSuka Lake Retreat ini sesuai untuk anda singgah untuk merasai pengalaman sebijik macam duduk kat kampung selain mahu lari dari kesibukan kota. 

Pengalaman Menginap Di Sukasuka Lake Retreat, Lenggong, Perak

Terima kasih Encik Aziz dan Puan Asiah yang sangat peramah memberikan layanan istimewa dan tidak lokek untuk berkongsi apa sahaja berkaitan homestay ini. 

Kepada anda yang ingin merasai pengalaman menginap di rumah kayu lama, ini adalah tempat menarik di Lenggong yang boleh anda cuba! Pelancong dari 130 negara dah menginap kat sini sejak 25 tahun lalu. Anda bila lagi?

Alamat: PKK 19/27 Kampong Kelantan, 33040 Lenggong, Perak

Hubungi Puan Asiah untuk tempahan penginapan: +6013-525 1177 

Pengalaman Menginap Di Sukasuka Lake Retreat, Lenggong, Perak
Pengalaman Menginap Di Sukasuka Lake Retreat, Lenggong, Perak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluang Man | 21

Superhero Ikonik Malaysia KELUANG MAN Kembali & Bakal Difilemkan 

Search

Isu Dua Kumpulan Search, Dua Konsert! Akhirnya Denden Tampil Bersuara