in ,

Pengalaman Manis Aizat di New Zealand dalam Aizat Gegar NZ

Ini khusus buat pembaca budiey.com yang meminati penyanyi remaja berbakat besar Aizat Amdan, apa kata anda tanda atau mark kalendar anda bermula 20 Februari 2012 ini kerana TV9 akan menayangkan pengembaraan, perjalanan, segala detik manis dan kenangan pahit masam kelat Aizat semasa berada di New Zealand bersama dengan keluarga tahun lepas dan segalanya dirakam menjadi sebuah program berbentuk traveloque.

Jyea! Budiey pun tak sabar nak tonton sebab Budiey pun juga pernah ke sana. Tapi kali ini, nak tengok pengalaman Aizat sebab tengok pada trailer tu, memang gempak siot!

Aizat

Program realiti terbitan oleh syarikat pengurusan Aizat sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment itu akan disiarkan pada jam 10.30 malam dalam slot 9X, yang mana slot terbaru ditujukan khas untuk golongan remaja.

Saksikan trailer Aizat Gegar NZ:

Budiey difahamkan segala rakaman video pengalaman Aizat melancong di New Zealand ini menggunakan khidmat videografi yang cemerlang sekali dari CST Productions. Antara lokasi menarik yang dilawati oleh Aizat bersama 28 orang anggota keluarganya ialah Christchurch, Queenstown, Te Anau, Milford Sound dan Wanaka yang terletak di South Island, New Zealand.

Rombongan Aizat menggunakan 5 buah campervan dan sebuah kereta untuk ke satu lokasi ke lokasi yang lain sepanjang 10 hari mereka di sana.

Antara aktiviti menarik ialah antaranya Sky Diving setinggi 15,000 kaki dari atas di Sky Dive, Wanaka, Luge Ride di Skyline Queenstown, Bungee Jumping di AJ Hackett Bungy, Queenstown dan banyak lagi.

Aizat

Fuhyooo dapat sijil selepas buat terjun Bungee

Budiey rasa Budiey dapat rasa keseronokkannya kerana Budiey pernah berkunjung di Skyline & AJ Hackett Bungy di bandar Queenstown tu pada tahun lepas. Memang best betul.

Selain itu, Aizat juga telah menghiburkan peminatnya yang terdiri daripada pelajar Malaysia di Universiti Christchurch.

Jadi, Budiey kira program traveloque ini sangat unik dan lain dari apa yang dipaparkan di kaca TV sebelum ini kerana program ini ada unsur-unsur realiti TV dan taklah satu program yang membosankan untuk kita tonton. Sinematografi dan juga visual pelbagai sudut serta gambar menarik yang diambil oleh CST Productions juga banyak membantu menjadikan program traveloque ini wajib ditonton. Tambahan pula ia menjadi satu panduan berguna untuk semua yang mahu melancong ke New Zealand. Manalah tahu, pada masa depan, anda akan ke sana. Jadi senang sikit untuk mengetahui destinasi menarik yang ada kat sana.

Ditanya tentang peristiwa pelik semasa berada di sana, Aizat memberitahu yang rombongan dikejutkan dengan satu kejadian di mana seluruh bandar Queenstown black-out sebaik sahaja mereka sampai di sana. Panik jugaklah sekejapkan. Risau takut ada bencana alam yang boleh menimpa mereka pada bila-bila masa sahaja. Minta dijauhkan segala bala lah ya.

Semasa berada di Queenstown pula, Aizat ada buat kejutan untuk umi (ibu Aizat) yang jatuh pada hari tersebut.

Selebihnya, kalau korang nak tahu apa lagi pengalaman dan merasai keseronokan Aizat di New Zealand, kenalah tonton traveloque ini.

Sebenarnya, menurut Aizat lagi, ini bukanlah kali pertama Aizat melancong ke luar negara bersama keluarganya, namun jumlah seramai 28 orang tu menjadikan travel kali ini adalah yang paling ramai bilangannya. Keseronokan memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata kerana memang best bila semua berkumpul dan dapat bergerak secara konvoi ke satu tempat ke satu tempat lain bersama-sama dengan naik campervan. Kecoh & happening! Paling exciting bila dapat berpeluang bungy jumping dan terjun dari kapal terbang (sky dive) yang menjadi salah satu aktiviti yang Aizat dah lama teringin sangat nak buat. Cuma apa yang agak sedih apabila Aizat agak sedih bila ayah Aizat tak dapat join trip ini sebab di saat akhir ayah Aizat dapat surat untuk menunaikan ibadah haji.

Nak tahu lebih lanjut, jangan lupa saksikan Aizat Gegar NZ mulai 20 Februari, Setiap Isnin, 10.30 malam. Saksikan aksi-aksi bertenaga, cemas dan mencuit hati adik-beradik dan sepupu-sepupu Aizat yang menjalankan aktiviti-aktiviti mencabar seperti menaiki speedboat di tengah lautan, terjunan bungee dan mencuba tarian kaum asli Mouri di sana.

Aizat

Keterujaan dan semangat berani Aizat begitu teruji dengan keberaniannya untuk terjun dari udara.

Aizat

Aizat

Aizat

Aizat

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Impiana KLCC Hotel is Recognized As The Top Hotel Of 2012

BIO Channel Tribute to Whitney Houston