in

Pengacara TV Ditangkap dan Didenda Khalwat

Seorang hos program mistik televisyen yang melarikan diri daripada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan tubuh hanya dibalut kain langsir didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah dia mengaku berkhalwat dengan tunangnya, seorang penolong penerbit TV, pada Jun lalu.

013788760 | 4

Hakim syarie, Ghazali Ahmad turut mengarahkan Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Tunangnya, Ziffa Zubir, 28, yang juga mengaku salah terhadap pertuduhan serupa turut didenda RM2,700 atau penjara tiga bulan.

Terdahulu, pasangan itu yang hadir di mahkamah bersama ahli keluarga semalam memohon jumlah denda itu dikurangkan selain mendakwa mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Ghazali ketika membacakan keputusan itu berkata, tindakan tertuduh itu melarikan diri dengan terjun ke balkoni rumah jiran sebelah adalah tindakan yang berbahaya.

“Nasib baik kamu tidak jatuh, fikir balik kita nak takut dengan siapa, pegawai JAIS cuma tangkap sedangkan benda-benda itu semua Allah telah rekodkan,” katanya sambil menasihatkan pasangan tertuduh itu tidak mengulangi kesilapan dan terus berkahwin jika ada keinginan. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir Muntah Darah

Sazzy dan Dira Bergaduh?