in , ,

Pendekar Band Warnai Industri Muzik Tanah Air Dengan Single BABY PAPA

Pendekar Band mula mewarnai industri muzik tanah air apabila muncul dengan single terbaharu, BABY PAPA.

Bakat Pendekar Band telah dicungkil menerusi program realiti anjuran Hot FM (Lagu Cari Tuan) pada 1 Julai 2022. Rezeki menyebelahi Pendekar Band yang dianggotai oleh 5 orang (Achik, Muhammad Adam, Paan Fauzi, Amir Sedadi dan Muhammad Arif). Mereka merupakan finalis program Lagu Cari Tuan. 

Lagu yang dihasilkan iaitu Baby Papa menggandingkan Pendekar Band dan adik Marsha, yang merupakan finalis Idola Kecil Di Rumah, sebuah program realiti terbitan TV3. Gandingan antara Pendekar Band dan adik Marsha atau nama sebenarnya Nur Marsha Auni Zahira sangat unik kerana mereka terdiri daripada genre muzik yang berbeza. Keunikan ini sudah tentu dapat menghiburkan pendengar yang inginkan kelainan.

Menurut Pendekar Band, “Lirik lagu BABY PAPA ini mempunyai mesej yang sangat bermakna serta mendalam kerana ia menyentuh tentang hubungan kekeluargaan. Mengisahkan tentang seorang ayah yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan keluarga tersayangnya bahagia. Setiap rintangan kesukaran yang dihadapi, dilalui dengan penuh ketenangan untuk memastikan ukhuwah kekeluargaannya terjaga.”

Lagu BABY PAPA edaran Alternate Records ini merupakan hasil ciptaan Huzaimy Basir dan lirik Aliff Hassan dan video boleh didapati di saluran YouTube Alternate Records & Talents.Lagu Baby Papa ini sudah boleh mula didengari di semua pelantar digital kegemaran juga. 

Baby Papa

Turut disertakan lirik BABY PAPA.

Artis           : Pendekar Band & Adik Marsha 

Tajuk          : Baby Papa

Komposer  : Huzaimy Basir

Penulis lirik: Aliff Hassan

Baby Baby Papa

Baby Baby Papa

Baby Baby Papa 

Dengarkan, kisahku, ceritaku bersama keluarga

Mencari mama dimana

Bersama dengan papa

Penuh dengan cabaran dunia

Dugaan rintangan

Tetap ku tempuh dengan tabah

Ini kisah, ceritaku baby papa

Walau apa pun halangan

Tetap berjuang

Takkan pernah putus asa

Terus melangkah

Kita saling melengkapi

Walaupun ada kekurangan

Akan terus kehadapan       

Tak akan menyerah

Kenangan Terindah

Penuh dengan tawa ria

Penuh dengan suka duka Bercanda gurau senda

Akan tetap kami redah

Menyanyilah bersamaku

Kita harungi bersama

Ini kisah, ceritaku baby papa

Walau apa pun halangan

Tetap berjuang

Takkan pernah putus asa

Terus melangkah

Penuh dengan onak dan duri

Harus kuat menghadapi

Ku kan tetap menempuhi

Segala cabaran

Baby Baby Papa

Baby Baby Papa

Baby Baby Papa

Walau apa pun halangan

Tetap berjuang

Takkan pernah putus asa

Terus melangkah

Kita saling melengkapi

Walaupun ada kekurangan

Akan terus kehadapan

Tak akan menyerah

Walau apa pun halangan

Tetap berjuang

Takkan pernah putus asa

Terus melangkah

Penuh dengan onak dan duri

Harus kuat menghadapi

Ku kan tetap menempuhi

Segala cabaran

Terus melangkah  

Hadapi cabaran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wow! TV2 Sedia Lapan Program Khas Yang Menarik Tutup Tirai 2022

RENTAK BUMI

Rentak Bumi 2.0 Terima Sambutan Hebat, Bukti Pementasan Budaya Relevan