in , ,

Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3, Muaz Dah Jadi Pembaca Berita?

Bersempena Ulang Tahun TV3 ke-38 pada tahun ini, Buletin FM memberi sokongan sepenuhnya kepada kempen Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3 yang sedang berlangsung.

Selaras dengan itu, Buletin FM menampilkan cabaran Muaz Kasi Jadi Penyampai Berita sebagai kesinambungan kepada kempen Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3. 

Sebelum ini Muaz pernah dicabar menerusi Muaz Kasi Jadi untuk menjadi menyanyi di pentas Hot Kool Jam, Jom Heboh 2019. Namun, bagi cabaran Muaz Kasi Jadi kali ini, Muaz telah dicabar untuk menjadi seorang pembaca berita. 

Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3, Muaz Dah Jadi Pembaca Berita?

Idea ini terhasil berikutan minat dan juga keterujaan Muaz sendiri untuk  mencuba menjadi seorang pembaca berita. 

Cabaran Muaz Kasi Jadi Pembaca Berita ini telah pun bermula pada minggu lepas iaitu pada 19 Mei 2022. Pelbagai inisiatif serta dorongan telah diberikan untuk membantu Muaz merealisasikan impiannya sebagai seorang pembaca berita yang berkaliber. 

Antaranya penampilan khas Jay Jamalina, yang juga merupakan seorang pembaca berita radio senior dan pembaca berita sambilan TV3 yang telah melatih Muaz sebagai pembaca berita TV. 

Tidak ketinggalan Zainal Ariffin Ismail dan Azmi Aziz, bekas pembaca berita dan pengacara TV3 yang telah memberikan tunjuk ajar, tips serta kata-kata dorongan kepada Muaz. 

Lebih membanggakan lagi, Muaz juga telah mendapat panduan daripada Encik Kamaruddin Mape yang merupakan Ketua Pengarang, Jabatan Berita & Ehwal Semasa, Rangkaian TV Media Prima. 

Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3, Muaz Dah Jadi Pembaca Berita?

Selain itu, penglibatan Izwan Azir Saleh dan Hawa Rizwana Redzuan turut memberikan sokongan dan kata-kata semangat untuk Muaz berdasarkan  pengalaman mereka yang luas dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Muaz berkata “Memang teruja sebab sesuatu yang baru bagi Muaz , bukan baru tapi perjalanan untuk ke mock run dengan berjumpa sifu sifu yang ada tu pengalaman yang paling manis. 

Walaupun ada perasaan gugup, tapi Muaz cuba lawan. Sebab Muaz sentiasa di sokong oleh Izwan Jay dan team Buletin FM. Takda yang mustahil untuk kita buat walaupun kita sedar kita nak baca berita dekat Buletin tv3 bukannya mudah, tapi usaha dan pengalaman tu boleh terhasil. Muaz dah baca berita, korang bila lagi? “ 

Pencarian Wajah Baharu Buletin TV3, Muaz Dah Jadi Pembaca Berita?

Saksikan perjalanan serta video penuh Muaz Kasi Jadi Pembaca Berita di YouTube rasmi Buletin TV

Terus dengarkan Buletin FM kerana pelbagai aktiviti akan menanti pendengar dan pengisian menarik akan diberikan kepada semua pendengar Buletin FM dan masyarakat dengan perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa. 

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aina Abdul Realisasi Konsert ‘A Night With Aina Abdul 2.0’ Live At Istana Budaya 

FAIZAL TAHIR & AMIRA OTHMAN

Single ALAH BISA, Genre Pop Rakyat Satukan Faizal Tahir & Amira Othman