in ,

Pencarian Peserta LAGU CINTA KITA Musim Kedua Kini Bermula

Jatuh hati pada pandangan pertama sering didengari tetapi bagaimana pula dengan jatuh hati pada lagu pertama? Adakah dua insan yang saling tidak mengenali dan tidak pernah bersua akan jatuh cinta dengan gandingan lagu cinta pertama mereka?

Program realiti nyanyian, Lagu Cinta Kita bakal kembali dengan musim keduanya di TV3 pada bulan November 2020. Diadaptasikan daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, Lagu Cinta Kita Musim Ke-2 kini sedang rancak mencari peserta menerusi penyertaan uji bakat di atas talian.

Musim perkenalan Lagu Cinta Kita yang disiarkan pada tahun lepas menyaksikan 16 peserta terpilih yang dibahagikan kepada 8 pasangan untuk berentap pada setiap episod. Lebih menarik apabila para peserta tidak saling mengenali dan mereka digandingkan berdasarkan pilihan muzik serta keserasian suara. 

Lagu Cinta Kita Musim Ke-2 terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik.

Mereka yang berminat harus muat naik video uji bakat, nyanyian berdurasi selama 1 minit di laman sosial Instragram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita2 serta tetapkan akaun Instagram untuk tatapan umum. Penyertaan akan ditutup pada 15 Oktober 2020. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Edisi Ke-33 dalam Budaya Norma Baharu

Gitaris Rock Legenda Eddie Van Halen Meninggal Dunia Sebab Kanser