in

Pencarian Bakat Baru Red House Talents

Pencarian Bakat Baru Red House Talents

Adakah anda mempunyai bakat untuk bergelar seorang BINTANG? Jika ya, marilah sertai pencarian bakat baru Red House Talents. Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-12 Red Communications, Red House Talents akan menganjurkan pencarian bakat baru untuk mencari bakat-bakat baru.
Apa yang anda perlu lakukan?

1. Layari laman Facebook (www.facebook.com/redhousetalents) dan klik butang ‘Like’

2. Follow kami di Twitter (@redhousetalents)

3. Cari tab acara di laman Facebook kami. Kemudian cari pautan acara Pencarian Bakat Baru dan klik ‘going’

4. Sediakan bahan uji bakat dengan tempoh 1 minit (Ia boleh menjadi apa sahaja yang anda mahu untuk mempamerkan bakat anda! Contoh: Lakaran, monolog, muzik, tarian … APA-APA SAHAJA!

5. Hantar mesej peribadi kepada kami di Facebook beserta dengan nama penuh anda, alamat e-mel & nombor telefon.

Dengan 5 langkah mudah ini, anda mungkin berpeluang untuk menjadi bintang yang dikenali dalam Industri Hiburan Malaysia.

Masa dan tempat adalah seperti berikut:
Tarikh: 8th September 2012 Masa: 1tengahari hingga 5petang Tempat: Publika Open Theatre

Tunggu … ada lagi! Semasa proses ujibakat anda, terdapat selebriti undangan yang akan memberikan tips dan kaedah untuk akan ada selebriti tetamu yang singgah untuk memberikan anda beberapa tips & kaedah ke arah mencapai ujibakat yang terbaik!

Jadi, tunggu apa lagi? Hentikan apa yang anda lakukan sekarang dan lakukan apa yang terbaik untuk anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album ACOUSTIC Unplugged

Red’s Got Talents Showcase