in

Senarai Pencalonan Penuh Drama & FIlem di Anugerah Skrin 2018

Tahniah buat semua pencalonan penuh Drama & FIlem di Anugerah Skrin 2018.

DIANJURKAN kali pertama pada 1995, Anugerah Skrin (ASK) adalah usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni serta karyawan tanah air.

Setiap karya dinilai berdasarkan kualiti sama ada dari segi lakonan mahupun garapan jalan cerita serta suntikan mesej yang ingin disampaikan menerusi sesebuah naskhah berkenaan.

ASK 2018 mempertaruhkan 30 kategori merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, sembilan kategori bukan drama dan teknikal.

Tahun ini, majlis anugerah itu juga menambah kategori baru iaitu Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina), Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik (Drama Rantaian).

Malam kemuncak ASK 2018 akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menerusi TV3 jam 9 malam ini.

Bagi kategori Drama Terbaik, 12 karya yang tersenarai pada malam ini ialah 4K, Abang Kandung, Aku Nazmi, Cucu Atuk, Dosa Perempuan dan Fatonah Azali.

Selain itu, turut memberikan saingan ialah Kasih Seorang Ayah, Luyak, Nisaa, Pendosa Ingin ke Syurga, Qalbu, Tulus Cinta.

Daripada senarai pencalonan itu, telefilem Fatonah Azali arahan Shuhaimi Lua adalah karya yang disebut-sebut bakal menang besar pada malam ASK 2018. Ia menampilkan lakonan Nad Zainal, Redza Rosli, Zaibo, Raja Azura dan Sharifah Sakinah.

Telefilem itu bermula dengan Azali yang pulang ke kampung selepas sekian lama meninggalkan tempat kelahirannya mencari kehidupan lebih baik di Kuala Lumpur. Dia terkejut apabila mendapati ayahnya, Pak Tam akan menjaga Fatonah, gadis terencat akal iaitu anak kepada arwah Datuk Hussein.

Bagaimanapun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Pak Tam sempat mengamanahkan Azali agar menjaga Fatonah. Azali kemudian mengambil keputusan berkahwin dengan Fatonah bagi mengelak fitnah orang kampung.

Berikut ini senarai pencalonan penuh Drama & FIlem di Anugerah Skrin 2018

1.Drama Terbaik
2. Pengarah Terbaik Drama
3. Videografi Drama Terbaik
4. Lakon TV Terbaik
5. Penyunting Drama Terbaik
6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Wanita Terbaik Drama
8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
10. Drama Komedi Terbaik
11. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu)
12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) *Baru
13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina) *Baru
14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina) *Baru

Drama Terbaik

Drama Tarikh Siaran Produksi Pengarah Penulis Skrip Pelakon
4K 15/6/18 Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia Hisyamudin Ahmad Ahmad Hamdan Abdullah Tawadi Khairil Ridzuan, Wan Sharmila, Namron, Azwan Kombos
Abang Kandung 10/3/18 Rashbir Media Sdn. Bhd. Rashid Sibir Rashid Sibir Izzue Islam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Haron Hashim
Aku Nazmi 31/3/18 JS Pictures Sdn. Bhd. Azman Hj Yahaya Sofia J. Rhyland Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza
Cucu Atuk 20/5/18 Orangetree Production Sdn. Bhd. Zamri Zakaria Ratnawati Hassim Jalil Hamid, Adik Danish Hazriq, Amar Asyraf, Tasha Shila, Fauzi Nawawi, Mubarak Majid, Lisdawati
Dosa Perempuan 23/9/17 Zeel Production Sdn. Bhd. Murali Abdullah Syed Muhamad Taufik Nad Zainal, Mira Filzah, Redza Rosli, Aidit Noh, Adik Idora Mitilda
Fatonah Azali 2/12/17 Tanah Beris Film Sdn. Bhd. Shuhaimi Lua Marziah Manaf Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah,  Mustaqim Bahadon, Zaibo
Kasih Seorang Ayah 29/7/17 Mache All Star United Sdn. Bhd. Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar Sham Hashim Eman Manan, Shukri Yahaya, Mia Ahamd, Dato’ Ahmad Tamimi
Luyak 19/1/18 Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia Noor Azizah Mohamad Roydy Anuar Eddy Sauly Shakilla Khoriri, Puteri Syasya Masyitah, Zarina Zainuddin
Nisaa 8/9/17 Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia Hisyamudin Ahmad Azharul Azmir Kamarulzaman Jay Iswazir, Mardiana Alwi, Azman Hassan, Kamarool Hy Yusof
Pendosa Ingin Ke Syurga 22/6/18 Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd. Rashid Sibir Sharifah Abu Salem Datuk Rosyam Noor, Sherie Merlis, Raysha Rizrose, Fauziah Nawi,
Qalbu 19/5/18 Saphire Screen Sdn. Bhd. Riza Baharudin K. Adlie Faizal Hussein, Fasha Sandha, Adik Qistina Raishah, Adik Izuan Fitri, Aidil Aziz, Fauzi Nawawi
Tulus Cinta 17/3/8 Sha’s Media Sdn. Bhd.

 

Ellie Suriaty Shahremy Ikmal Amar Asyraf, Siti Elizad, Puteri Aishah, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Shuhanty DFKL

DRAMA RANTAIAN TERBAIK (KATEGORI BAHASA MELAYU)

Andainya Takdir 2 13/6/18 A. Aida Production Sdn. Bhd. Eoon Shuhaini Wan Mahani Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Syazuwan Hassan, Neera Azizi, Mas Khan, Shiela Mambo, Faradhiya, Anne Ariffin
Isteri Untuk Diiktiraf 16/5/18 JS Pictures Sdn. Bhd. Azman Hj Yahya Rehal Nuharis Redza Rosli, Elvina Mohamad, Arash Mohd, Shahz Jaszle, Sheila Rusly, Sweet Qismina, Sharifah Sahora, Dayana Roza, Janna Nick
Nafas 11/5/18 Orangetree Production Sdn. Bhd. Bahri Uma Eja Lorena Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne, Thanuja Anathan, Sarah Hildebrand, Fahad Iman, Nadia Brian, Hefny Sahad
Nur 14/5/18 Radius One Production Sdn. Bhd. Shahrulezad Shahrulezad Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Riena Diana, Noorkhiriah, Azhan Rani, Dato Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Laila Nasir
Raisha 21/9/17 Orangetree Production Sdn. Bhd. Nizam Zakaria Mufid Suhaimi Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Aishah Azman, Taib Zamanuri, Zarina Zainuddin, Kismah Johar
Teratai Kemboja 13/4/18 Saphire Screen Production Sdn. Bhd. Along Kamaludin Zarihah Hassan Fasha Sandha, Adi Putra, Elly Mazlein, Nadia Brian, Sabhi Sadhi, Hasnul Rahmat, Nor Albaniah

 

 

DRAMA RANGKAIAN TERBAIK (KATEGORI BAHASA CINA)
Green Wall 23/6/18 The Rock Productions Sdn. Bhd. Dannis Chow & Kok Tzyy Haw Dannis Chow, Chong Sheon Wei, Teh Kean Guan, Ang Siew Hoong Jordan Voon, April Chan, Sampson Chew, Gabriel Noel Pountney,Wayne Chua, Hazel Siow Li Xuan
Growth Behind The Sun 6/10/17 Mad Pictures Sdn.Bhd. Jason Kok Chan Yoke Yeng Jordan Sen, Emily Chan, Sawyer Leong, Lo Koon Lan, Freddie Wong
Persona 2 10/5/18 The Rock Productions Sdn. Bhd. Dannis Chow Dannis Chow Huang Qi Ming, Jojo Goh, Kyo Chen, Aye Keng, Fabian Loo, Yise Loo
The Men In Black School 12/9/17 Double Vision Sdn.Bhd. Tham Siew Ngoy, Ernest Chong
& Soo Yoo Kee
Chong Sheon Wei Wilson Lee, Pauline Tan, Jeffrey Cheng, Joey Leong, Alvin Wong
The Memoir Of Majie 20/7/17 Mediacorp Malaysia Lim Pin Choong, Kok Tzyy Haw
& Daniel Tan
Ling Jun Hong, Koh Teng Liang, Yu He Ling, Boo Chee Wee, Pong Shie Jye Henley Hii, Pauline Tan, Jeffrey Cheng, Joey Leong, Gary Yap, Sherlyn Seo, Aye Keng

DRAMA KOMEDI TERBAIK

Aku Dia Lagu 16/6/18 Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia Muhamad Ikhsan Sukiman Mohd Rahhiemi Alias Ewal Ismail, Ziha Salleh, Azam Pitt, Afifah Nasir
Mak Cun 4 7/4/18 Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Eirma Fatima Eirma Fatima Eirma Fatima, Dato’ Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Balkisyh Semundur Khan, Datuk Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Aiman Tino
Mat Rukun 26/10/17 Hujan Lebat Production Sdn. Bhd. Jamal Khan ZH Emdee Zoey Rahman, Elisya Sandha, Feiyna Tajuddin, Aliff Yasraf BMB
Suamiku Mat Piun 10/4/18 Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Amor Rizan Tommy Loh Along Cham, Sharifah Sakinah, Mark Adam, Mimi Lana,
Rania Humaira
Shah & Zam 27/6/18 Zamriez Golden Pictures. Sdn. Bhd. Pali Yahya MF Kenchana Bell Ngasri, Faiz Tapaw, Nadia Brian, Nadiyah Sahab

KATEGORI FILEM

1.Filem Terbaik Filem
2.Pengarah Terbaik Filem
3.Lakon Layar Terbaik Filem
4.Pelakon Lelaki Terbaik Filem
5.Pelakon Wanita Terbaik Filem
6.Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
7.Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Filem Produksi Pengarah Pelakon
Abang Long Fadil 2 Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd Syafiq Yusof Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, A. Galak, Tania Hudson,
Bisik Pada Langit Astro Shaw Sdn Bhd & Nusantara Seni Karya Kabir Bhatia Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Datin Fadilah Mansor, Naim Daniel dan Erwin Dawson
Blok 404 DBI Entertainment Sdn Bhd Azma Aizal Yusoof Nur Risteena Munim, Raja Azrey, Boy Iman, Zamarul Hisham, Nadia Brian, Amar Asyraf, Aedy Ashraf dan Fasha Sandha
Bukan Cinta Malaikat Ace Motion Production Sdn Bhd Aziz M Osman Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar dan Afida Es.
Busker Astro Shaw Sdn Bhd Syed Fariz Hafeez Mikhail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Stephanie Jessica Terry, Mas Khan, Lia Natalia, Loque dan Elizabeth Tan
Dukun Astro Shaw Sdn Bhd Dain Said Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Elyana, Allahyarham Ramli Hassan dan Adlin Aman Ramlie
Hijabsta Ballet Explosive Magic Sdn Bhd Syed Zul Tojo Puteh Maimun Zahrah, Betty Banafe, Aman Graseka, Aida Khalida, Danny-Syaz dan Aliff Azeman.
Kau Takdirku Primeworks Studios Sdn Bhd Jason Chong Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Bront Palarae, Aisya Hasnaa
Kau Yang Satu Astro Shaw Sdn Bhd & Global Station Sdn Bhd Osman Ali Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci
KL Special Force Skop Productions Sdn Bhd & Viper Studios Sdn Bhd Syafiq Yusof Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Sabrina Ali, Tania Hudson, Puteri Balqis, Josian Hogan, Ramona Zam Zam, Esma Daniel, Mahmud Ali Basha dan Shaharuddin Thamby.
KL Wangan #Bikingempak Centro Pictures Sdn Bhd Pekin Ibrahim Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Kazuto Soon, Emily Lim, Jasmine Suraya, Kodi Rasheed, Kamarool Haji Yusof dan Donny Alamsyah.
Peransang Rentap Unique Twins Sdn Bhd Lina Johor Vincent Mallang Alfred, Diana Johor, Charl Mayour, Ethel Lampai, Emmanuel Reuben, Richard Martias dan Iwan Dasri
Pinjamkan Hatiku Aura White Global Sdn Bhd & Nuansa Films Sdn Bhd Osman Ali Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri, Naza Manas dan Azizah Mahzan
Pulang Primeworks Studios Sdn Bhd Kabir Bhatia Remy Ishak, Puteri Aishah, Erwin Dawson, Azrel Ismail, Alvin Wong, Sherry Al Jeffry, Datuk Jalaluddin Hassan, Syazuwan Hassan dan Juliana Evans
Rempit Sampai Langit Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Silver Ajak Shiro, Nabila Huda, Tauke Jambu, Reen Rahim, Jay Iswazir dan Cristina Suzanne.
Tombiruo: Penunggu Rimba Astro Shaw Sdn Bhd, Ideate Media Sdn Bhd, Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd, Layar Sunan Sdn. Bhd. Seth Larney Zul Ariffin, Nabila Huda, Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar dan Faizal Hussein.

KATEGORI BUKAN DRAMA & TEKNIKAL

1.Rancangan Majalah Terbaik

2.Rancangan Realiti Terbaik

3.Rancangan Anugerah Terbaik

MELODI ASK 2018 (28 OKTOBER 2018)

1.Rancangan Dokumentari Terbaik

2.Rancangan Bual Bicara Terbaik

3.Laporan Khas Berita Terbaik

4.Rancangan Hiburan Terbaik

5.Rekabentuk Set Terbaik

6. Montaj Terbaik

Selain Fatonah Azali, dua lagi drama yang menjadi sebutan bakal menang lebih daripada satu anugerah adalah Aku Nazmi dan Pendosa Ingin Ke Syurga. Ketiga-tiga drama ini mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Selain Drama Terbaik, kategori Drama Rantaian turut mencuri tumpuan apabila drama Nur yang menjadi fenomena disenarai pendek bersaing dengan Andainya Takdir, Isteri Untuk Diiktiraf, Nafas, Raisha dan Teratai Kemboja.

Dijangkakan rantaian Nur bakal menang mudah menewaskan pencalonan lain. Siri televisyen bersifat Islamik itu diarahkan oleh Shahrulezad Mohammeddin.

Drama Nur dijayakan Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.

Bagaimanapun, pencabar terdekat Nur adalah Andainya Takdir dan Isteri Untuk Diiktiraf. Tiga naskhah ini dilihat antara drama yang menjadi sebutan penonton dan peminat.

Selain Drama Terbaik dan Drama Rantaian, turut disenaraikan untuk kategori Filem Terbaik adalah Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit, Blok 404, Bukan Cinta Malaikat, Busker, Dukun, Hijabsta Ballet, Kau Takdirku, Kau Yang Satu, KL Special Force, KL Wangan #Bikingempak, Peransang Rentap, Pinjamkan Hatiku, Pulang, Rempit Sampai Langit serta Tombiruo: Penunggu Rimba.

Daripada 16 filem itu, tiga filem diramal bakal mendominasi kategori filem adalah Dukun, KL Special Force dan Tombiruo: Penunggu Rimba. Bagaimanapun, dijangkakan Dukun bakal memenangi Anugerah Filem Terbaik. – Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 5 Video Trending di Youtube Minggu Ini – 2 Nov 2018

Hairul Azreen & Hanis Zalikha Bakal Timang Anak Ke-2