in , ,

Penampilan Aina Abdul si SFMM35 Disamakan Dengan Watak Valak dari Filem THE NUN

“‘First impression for most people’ dengan Aina Abdul malam ini macam Valak dari filem Nun. Tapi, vokal dia tetap ‘slay’ walaupun mala mini macam ada kurang sikit.”

Itu ciapan seorang pengguna akaun di laman Twitter membabitkan penampilan penyanyi, Aina Abdul pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), semalam.

Aina yang muncul dengan busana warna hitam putih hasil rekaan Syamil Fazwan itu berkata, penampilan itu menggambarkan dirinya sebagai wanita yang sudah lama meninggalkan masa silam.

Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding Di Anugerah Juara Lagu 35 Ajl35

“Saya suka bereksperimen dengan fesyen.  Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana rekaan Syamil Fazwan ini. Ia menggambarkan saya sebagai wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.

“Apabila orang lihat saya dari busana ini, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang pernah dilalui dahulu.

“Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak berkenaan. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram,” katanya.

Dalam masa saam, Aina meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaannya terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lag uke-35 (AJL35).

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada lagu Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah. Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hattan | 15

Pendapat Datuk Hattan Bila Ada Lagu Bagus Tapi Tidak Dipilih Juri Ke AJL35

Naim Daniel 2020 | 16

Lagu SEMBAH Gagal Ke AJL35, Naim Daniel Akur dengan Keputusan Juri