in ,

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi Lakonan Tiz Zaqyah

[dropcap]E[/dropcap]pisod akhir drama Cinta Jangan Pergi akan disiarkan selama dua jam tanpa henti pada 30 Jun (Ahad) ini bermula jam 8.30 malam. Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih, Lea Soraya dan Kalil untuk sehidup semati. Tetapi tanpa disangka dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila Kalil ditimpa kemalangan dan tidak dapat ditemui.

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Sukar bagi Lea Soraya untuk melupakan Kalil namun setelah dia mula menemui kekuatan baru bersama Hud, Kalil muncul tanpa diduga. Kalil kembali menagih janji yang dilafazkan Lea Soraya. Lea Soraya kini tersepit diantara Kalil, cinta yang selalu di damba atau Hud yang menjadi kekuatan selama ketiadaan Kalil.

[pullquote align=”right”]Agak-agak, siapakah Pilihan Lea Soraya? Episod Akhir Penuh Debaran Selama Dua Jam[/pullquote]

Konflik sekali lagi menggugat kepercayaan Lea Soraya terhadap Kalil apabila Shireen yang tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Kalil mengatakan dia mengandungkan zuriat milik Kalil. Pada mulanya, Kalil tidak mempercayai kata-kata Shiren, namun setelah dia menunjukkan gambar bayi di dalam kandungannya, hati Kalil tersentuh.

Walaupun sukar untuk menerima Shireen, tetapi dia tetap meneruskan pernikahannya kerana kecewa dengan keputusan Lea Soraya yang nekad untuk bersama Hud. Di hari pernikahan mereka, Hud hadir untuk membongkar rahsia yang disimpan Shireen mengenai zuriat yang dikandungnya. Pernikahannya mereka terhenti apabila Kalil mengetahui dia bukanlah bapa sebenar bayi itu.

Kebenaran ini membuatkan Lea Soraya dihimpit rasa bersalah kerana meragui Kalil. Kini hatinya berbelah bahagi….antara Kalil dan Hud!Siapakah pilihan Lea Soraya? Semuanya bakal terjawab dalam episod akhir yang akan disiarkan secara eksklusif di TV9 selama dua jam pada 30 Jun 2013 (Ahad), jam 8.30 malam.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti pengakhiran drama menarik ini, yang dibintangi oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan, Nadiya Nisaa, Bill Azali, Ramona Zam Zam dan ramai lagi. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton, sila layari www.tonton.com.my untuk siaran ulangan.

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Penamat Drama Cinta Jangan Pergi

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yasmin Yusuff Joins The Lite Breakfast On Lite FM

Gambar Nadi Anaqi Bayi Zahiril Adzim & Shera Aiyob