in , ,

Peminat Teruja, BLACKPINK THE MOVIE Bakal Muncul Bulan Ogos 2021

Berita baik untuk seluruh peminat kumpulan K-pop terkenal, Blackpink apabila sebuah filem tentang perjalanan mereka bakal dilancarkan pada bulan Ogos ini.

Filem ini bersempena dengan ulangtahun penubuhan kumpulan sensasi tersebut yang ke lima. Dimaklumkan juga, ia juga ditayangkan di lebih 100 buah negara seluruh dunia menurut soompi.

Selain itu, filem yang berkisahkan dokumentari ini akan memuatkan temubual bersama ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada Jennie, Ji Soo, Lisa dan Rose.

BLACKPINK

Dalam filem tersebut mereka turut mengimbau kembali perjalanan mereka selama lima tahun kumpulan itu ditubuhkan hingga menjadi satu fenomena dalam industri muzik K-pop. Filem ini juga akan diselitkan dengan beberapa buah persembahan mereka yang lalu.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar bagi setiap negara untuk filem tersebut masih belum diumumkan.

BLACKPINK The Movie ini juga merupakan sebahagian daripada projek ulang tahun kelima mereka yang dinamakan 4+1 PROJECT. Ia juga merupakan hadiah kepada penyokong mereka BLINKs.

Mengimbau kembali perjalanan seni Blackpink, mereka debut pada 8 Ogos 2016 di bawah label pengurusan YG Entertainment. Sejak dari itulah, nama mereka terus melonjak dan menjadi sensasi global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama HATIMU SEDINGIN SALJU Lakonan Hisyam Hamid & Aprena Manrose

Dikecam Gara-Gara Video Atas Katil Untuk Promosi Produk, Zara Zya Bagi Penjelasan