in

Pembantu Ustaz Ebit Lew Buka Mulut Perjelas Isu Caprice Kena Block Di Instagram

Kemelut membabitkan diantara pendakwah dan aktivis terkenal Ustaz Ebit Lew dan Rapper serta aktivis, Caprice sejak semalam hangat diperkatakan ekoran pendedahan rapper tersebut yang mendakwa telah disekat dari menghubungi akaun instagram pendakwah berkenaan.

Sejak semalam panas apabila Caprice yang kini berada Cairo, Mesir kurang gembira dengan pasukan di belakang Ustaz Ebit Lew (UEL). Beliau berkata dirinya telah disekat oleh akaun Instagram Ebit Lew selepas menegur secara peribadi tentang cara kerja UEL di sana. Semua menurutnya selepas dia menegur secara peribadi tindakan Ebit Lew dan pasukannya semasa berada di Gaza dan sebaik pulang ke Malaysia.

Caprice turut mendakwa, dia kini sukar untuk masuk ke Gaza ekoran dari ‘lakonan’ photoshoot UEL yang membabitkan seorang kanak-kanak sehingga menjadi pertikaian orang ramai disana.

Malah Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Menteri Kanan Luar, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dimana usahawan tersebut memohon untuk dibenarkan masuk ke Gaza bagi memperbetulkan apa yang sudah dilakukan pasukan UEL di sana.

Ustaz Ebit Lew

Isu Kena ‘Block’ Di Instagram, Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Caprice adalah gambar memberi mainan kepada kanak-kanak yang menurut Caprice dipersoal oleh penduduk Gaza kenapa nampak seperti sebuah Photoshoot.

Caprice turut berkongsikan tangkap layar perbualan beliau dengan Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein di mana beliau meminta peluang untuk diberi kebenaran masuk ke Gaza untuk ‘betulkan huru-hara’ yang ditinggalkan oleh UEL.

Caprice turut menulis beliau berkata UEL hadapi masalah ketika di sana dan UEL perlu melutut di hadapan menteri di sana untuk keluar dari Gaza. Semuanya berpunca daripada gambar pemberian mainan kanak-kanak miskin yang dirakam oleh pasukan UEL.

Menuru Caprice, beliau tidak ada masalah dengan Ustaz Ebit Lew cuma tidak senang dengan cara kerja pasukan UEL yang baginya cuma mencari publisiti ketika di Gaza.

Sementara itu, PA kepada UEL, Arief Farhan tidak berdiam diri apabila namanya dipetik sebagai insan yang ‘buat hal’ dalam isu UEL ini. Beliau terpanggil untuk menjawab segala tohmahan yang dibuat Caprice kerana ia melibatkan imej UEL.

Menteri Luar Palestin turut zahir takziah atas pemergian ayah UEL

Memperkuatkan lagi kenyataannya, Arief berkata Kementerian Luar Palestin turut menzahirkan takziah di atas pemergian ayah UEL baru-baru ini.

Arief Farhan berkongsikan beberapa klip penerangan isu tersebut di Instagram miliknya. Menjawab kepada isu utama yang dibangkitkan Caprice, Arief menulis ini, “Jika betul UEL buat hal di Gaza, agak-agak kerajaan Palestine Gaza beri ke anugerah duta muhibbah Palestine kepada UEL dan team?”

“Salah ke jika UEL beri mainan kepada anak-anak di Palestine? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan. Hubungan UEL dan menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaru, Menteri Luar Palestine turut beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL. Kalau hubungan keruh agak-agak akan terima lagi layanan macam tu semua?” tulis Arief.

Ustaz Ebit Lew

Bidas Dakwaan Melutut & Cium Kaki

Pembantu Ustaz Ebit dalam masa sama turut membidas dakwaan Caprice yang UEL ada memberitahu rapper berkenaan bahawa dia terpaksa melutut untuk keluar dari Gaza.

Malah demi mendapatkan kepastian, dia sekali lagi bertanyakan perkara tersebut kepada UEL yang secara serta-merta menafikannya.

Namun antara tohmahan yang menurut Arief paling tidak betul adalah di mana UEL perlu melutut kepada menteri di Gaza untuk keluar dari sana.

Ustaz Ebit Lew

“Dengan nama Allah UEL tidak pernah berbuat demikian. Saya akan beri bukti. Takut saya terlepas pandang saya terus hubungi UEL. UEL sendiri nafikan. Kenapa Cap? Kenapa sanggup fitnah UEL cium dan melutut kaki Menteri Gaza Cap?” tambah Arief.

Bagi Arief, Caprice dilihat sengaja mereka cerita dan memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata mahu masuk Gaza. Untuk pengetahuan semua, ia bukan sesuatu yang mudah untuk memasuki Gaza kerana memerlukan perancangan yang teliti. Banyak aspek yang perlu diambil kira terutamanya soal keselamatan.

Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, pasukan UEL merupakan team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza selepas perang baru-baru ini.

“Ada lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia terkandas di Mesir dan perlu menunggu masa untuk dibenarkan memasuki Gaza,” tulis Ebit Lew.

Caprice dijangka akan membuat pendedahan rasmi apa yang sebenarnya berlaku di Gaza pada 21 Julai ini dan berkata pendedahan yang bakal dibuat boleh ‘mengancam nyawanya’. Selepas pertikaian ini, adalah sesi live itu nanti turut akan melibatkan Ebit Lew? Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

+Sumber: The Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MeDKAD Lancar Kit Ujian Kendiri Rapid Antigen COVID-19 Buatan Malaysia

Kes Penderaan Bella, Wardina Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga?