in ,

Peluang Menangi Tiket ke Perlawanan Akhir Shopee Piala FA Malaysia

Beli daripada Koleksi Jejaka dan berpeluang memenangi tiket ke perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Koleksi Jejaka sebagai sebahagian daripada Kempen Hari Gaji Mac. Dari 26 hingga 28 Mac 2018, pengguna boleh membeli daripada koleksi yang membariskan ratusan produk kegemaran pengguna lelaki dengan sehingga 90% potongan harga dan berpeluang menjadi antara 10 pemenang untuk mendapatkan tiket menonton perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia secara langsung. Pengguna hanya perlu membeli sesuatu produk daripada Koleksi Jejaka tersebut untuk melayakkan diri bagi cabutan bertuah tersebut.

Perlawanan Akhir Shopee Piala FA Malaysia

Dengan sokongan rakan rasmi termasuk OPPO, Nivea Men dan Midea, koleksi tersebut akan membariskan pelbagai produk dari kategori popular seperti Mobil & Gajet, Sukan & Aktiviti Luar, Fesyen Lelaki dan banyak lagi. Pengguna juga pasti teruja dengan 5 pusingan jualan kilat Shocking Sale setiap hari dengan tawaran pelbagai produk daripada koleksi tersebut. Sempena pelancaran Koleksi Jejaka tersebut pada 26 Mac, pemegang Mastercard boleh mendapatkan 25% potongan harga tambahan pada setiap hari Isnin bermula 26 Mac hingga 23 April 2018 dengan pembelian minima RM50, tertakluk pada terma dan syarat.

“Selepas memeterai usahasama kami dengan Football Malaysia Perkongsian Liabiliti Terhad (FMLLP) awal bulan ini, kami teruja untuk mengumumkan, sejajar dengan pelancaran kempen ini, kami akan menghadiahkan tiket untuk menonton perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia kepada pengguna Shopee yang bertuah. Kami berharap akan dapat terus memberikan ganjaran kepada pengguna kami menerusi kempen dan kerjasama strategik yang menarik,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk menjayakan pelancaran Koleksi Jejaka ini, Shopee berkongsi maklumat berkaitan produk untuk kaum lelaki yang trending di dalam talian:

1. Mobil & Gajet
Mobil & Gajet merupakan antara kategori pilihan dalam kalangan pengguna lelaki. Selain daripada kabel pengecas dan bank kuasa, sarung telefon pelindung termasuk terhadap hentakan dan air adalah antara yang banyak terjual dalam kategori ini.

2. Kesihatan & Kecantikan
Kesihatan & Kecantikan kedengaran seperti kategori yang jarang dikaitkan dengan pengguna lelaki, namun ini tidak menghairankan kerana makanan tambahan seperti serbuk protein dan keperluan ‘kecantikan’ seperti syampu dan deodoran banyak dibeli secara dalam talian oleh pengguna lelaki. Shopee mencatatkan jualan lebih 12,000 unit produk makanan tambahan kecergasan sepanjang tahun lepas.

3. Sukan & Aktiviti Luar
Bawah kategori Sukan & Aktiviti Luar, kelengkapan senaman adalah antara produk popular dalam kalangan pembeli dalam talian lelaki, dengan lebih 6,000 unit pengangkat berat jenis ‘dumbbell’ terjual sepanjang tahun 2017.

4. Permainan, Buku dan Hobi
Playstation 4 merupakan salah satu produk trending dalam kalangan pengguna lelaki bawah kategori Permainan, Buku & Hobi dengan pemainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang menjadi produk yang merekodkan carian tertinggi di Shopee. PS4 juga mencatatkan jualan lebih daripada 12,000 unit sepanjang tahun 2017, manakala permainan konsol terjual lebih daripada 16,000 unit.

5. Tiket & Baucar
Dengan pelancaran Kedai Rasmi Football Malaysia LLP di Shopee, jualan tiket meningkat dalam kalangan pengguna lelaki Shopee apabila mereka boleh mendapatkan tiket Shopee Piala FA Malaysia dan unifi Liga Super Malaysia menerusi aplikasi Shopee. Terkini, lebih 1,700 unit tiket bola sepak terjual dari Kedai Rasmi FMLLP.

Tinjau Koleksi Jejaka ini dan berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia secara langsung. Untuk maklumat lanjut, layari, https://shp.ee/c7b2tux .

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Kongsi Detik Cemas Komplikasi Hilang Banyak Darah

AirAsia Fulfils Dreams of Malaysian Roberto Carlos to Meet the Football Legend